-->

Mac 07, 2017

11 Rakyat Malaysia Dilarang Tinggalkan Korea Utara

11 Rakyat Malaysia Dilarang Tinggalkan Korea Utara,ok!: Korea Utara mengeluarkan larangan sementara kepada rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu.

11 Rakyat Malaysia Dilarang Tinggalkan Korea Utara
Imej: Free Malaysian Today

Arahan itu bertujuan untuk memastikan keselamatan para diplomat dan rakyatnya yang masih berada di Malaysia.

Kementerian Luar Korea Utara dilaporkan telah memaklumkan kepada kedutaan Malaysia di Pyongyang berhubung keputusan mereka itu.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memberitahu terdapat 11 rakyat Malaysia berada di Korea Utara.

Tiga merupakan kakitangan kedutaan Malaysia manakala enam lagi adalah ahli keluarga mereka.

Dua lagi petugas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di negara tersebut.

Semalam, Korea Utara mengisytiharkan Duta Besar Malaysia ke negara itu, Mohamad Nizan Mohamad sebagai Persona Non Grata dan perlu meninggalkan Pyongyang dalam tempoh 48 jam bermula pukul 10 pagi waktu tempatan.

Bagaimanapun, Mohamad Nizan sejak minggu lalu sudah dipanggil pulang oleh kerajaan dan beliau telah berada di Malaysia.

Arahan itu dikeluarkan sejurus selepas Duta Besar Korea Utara, Kang Chol meninggalkan Malaysia pada pukul 3.55 petang waktu Malaysia semalam.

sumber
Astro Awani

----------------------------
Peminat Ray-Ban dan G-Shock? Dapatkan Kacamata Ray-Ban Original dan Casio G-Shock Original!