-->

Julai 09, 2018

Penjelasan Gadis Bertudung Bawa Anjing 'Jenjalan'..

Melayu dan sensitiviti mereka terhadap anjing, berpisah tiada. Ini susulan penyebaran gambar dua orang gadis bertudung yang membawa anjing. Gadis-gadis itu yang menjadi kecaman masyarakat netizens sebenarnya telah disalahertikan oleh ramai pihak dan ini adalah kisah sebenarnya mengapakah mereka berdua dilihat membawa anjing-anjing tersebut.

Oleh : Move On Malaysia
 

Berikutan isu wanita-wanita bertudung bawa anjing jalan, dikatakan lokasi tersebut di Kelana Jaya.

Info yang kami terima mereka ini adalah Pelajar Veterinary UPM (praktikal di SPCA Kelana jaya dekat Citta Mall. Melihat cara mereka, mereka menjaga disiplin kebersihan yang Islam nak. Tangan boleh sertu. Kaki mereka cover dengan kasut yang sesuai.

 
Mereka memang akan sertu & bukan buat untuk suka-suka (macam program "I want to touch a dog" tu...yang tu memang fail).

Kalau yang ambik jurusan vaterinary memang akan buat semua ni termasuklah membedah anjing & babi.

Cumanya aku cadangkan kalau tidak menjadi masalah, untuk mengelakkan fitnah, mungkin boleh walk the dogs di tempat yang tidak menjadi tumpuan ramai.

Jangan kita komen tanpa ilmu & tanpa tahu. Islam itu rahmat buat semua, samada kepada manusia, binatang & semuanya.

Daripada hukum syariahnya seperti hukuman hudud & qisas hinggalah ke perkara asasnya seperti taharah Islam sebenarnya sangat indah kalau kita kaji & tahu.

Sejahtera bersama Islam :)

- Encik Semut

*Moralnya jangan mudah menghukum & yang terlibat boleh berusaha elakkan dari fitnah yang tak perlu.

Pada masa yang sama, komen yang tetiba kaitkan dengan isu rasuah la apa la yang takde kaitan tu rentikan la ya. Admin humban je kalau ada hihi :)