-->

April 16, 2017

9 Penyakit Kejam yang Anak Isteri boleh Kena Kalau ada Suami Perokok !!



INTRO

Anda tahu merokok membahayakan kesihatan si perokok. Tapi tahukah anda, anda masih berisiko untuk beberapa komplikasi kesihatan kesan dari asap rokok walaupun anda tidak merokok! Apa ni? Totally not fair!

Merokok bukan sahaja memberi kesan buruk kepada perokok, malah boleh membawa mimpi ngeri ke atas keluarga, rakan karib, rakan sekerja, jiran tetangga dan juga orang yang tidak dikenali yang sama-sama menghirup udara yang penuh dengan berkepul-kepul asap rokok. Ini menyebabkan berjuta-juta rakyat terdedah kepada asap rokok dan penyakit berbahaya kesan daripada asap rokok.

Selalu kita dengar


Setiap sedutan menyerupai satu sedutan maut. Euw, scary!

Asap rokok boleh menyebabkan 9 penyakit kejam ini, antaranya:

PENYAKIT #1: KANSER PARU-PARU



Kanser paru-paru menjadi penyebab utama kematian di seluruh dunia dengan catatan 3 juta kematian setahun dan asap rokok adalah penyumbang utama.


Menurut Pengarah Perubatan, Pusat Pakar Antarabangsa Beacon Sdn. Bhd., Datuk Dr. Mohamed Ibrahim A. Wahid, jika selama ini kanser paru-paru dikaitkan dengan individu yang merokok, tetapi hari ini perokok sahaja bukan lagi satu-satunya punca utama penyakit ini malah semua orang berisiko tinggi untuk menghidapnya.

Perangkaan global menunjukkan bahawa antara 10% – 15% pesakit kanser paru-paru tidak pernah merokok. Malah, penyakit ini berpunca daripada menyedut asap rokok secara pasif sebagai penyebab utama kanser paru-paru pada zaman kini.

Nak tahu, peratus orang yang tidak pernah merokok adalah lebih tinggi dalam kalangan pesakit kanser paru-paru di Asia, lebih-lebih lagi di kalangan wanita! Di Malaysia, kira-kira 60% wanita yang menghidap kanser paru-paru merupakan individu yang tidak pernah merokok.

PENYAKIT #2: SAKIT JANTUNG



Perokok pasif berpotensi 25% lebih tinggi untuk mendapat penyakit jantung. Bernafas dalam udara yang dipenuhi asap rokok berbahaya terhadap paru-paru anda. Kesan asap rokok adalah faktor utama sakit jantung. Proses pertama, pembekuan darah. Kedua, pemendapan lemak di dinding saluran darah. Ketiga, mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.

Jantung mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan zat makanan ke seluruh badan melalui sitem peredaran darah. Sakit jantung berlaku apabila salur darah jantung menjadi sempit. Sempit ini berlaku kerana dinding sebelah dalam saluran darah diselaputi lemak terutamanya kolesterol.

Jika saluran darah menjadi sempit, maka ada bahagian jantung yang tidak mendapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Ini akan mengakibatkan berlakunya sakit dada. Jika saluran darah tertutup sepenuhnya sebahagian dari jantung anda akan rosak mengakibatkan sakit dada yang teramat sangat. Keadaan ini dikenali sebagai sakit jantung.


Asap rokok bertanggungjawab bagi kematian pesakit jantung hampir 34,000 di Amerika Syarikat setiap tahun, iaitu lebih daripada 20 kali jumlah orang yang kehilangan nyawa mereka yang tenggelam dalam kapal Titanic.

PENYAKIT #3: SINDROM KEMATIAN BAYI MENGEJUT (SIDS)



Asap rokok meningkatkan risiko SIDS, kematian bayi yang tidak dapat dijelaskan dan tidak dijangka. Ia adalah punca utama kematian di kalangan bayi yang sihat di bawah umur satu tahun. Adalah dianggarkan bahawa satu perempat daripada semua kematian SIDS adalah berpunca daripada asap rokok.

PENYAKIT #4: STROK





Strok adalah punca kematian ketiga terbesar di Malaysia. Sesiapa sahaja boleh mengalami strok, termasuk kanak-kanak. Namun, kebanyakan kes menimpa orang dewasa.

Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.

Bahagian otak itu mula mati. Anda mengalami strok. Dengan pantas, dengan senyap. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan terubah.


Terdedah kepada asap rokok dianggar meningkatkan risiko kematian dan hilang upaya akibat strok sebanyak 20 hingga 30 peratus.

PENYAKIT #5: SERANGAN ASMA



Serangan jantung ke serangan asma lagi serius? Ramai orang pilih serangan jantung lebih serius. Pendapat anda memang tepat, tetapi anda mungkin silap. Jika biarkan penghidap asma tanpa rawatan sebenarnya boleh mengundang maut.

Menurut pakar perubatan, asma adalah satu penyakit saluran pernafasan kronik yang mengakibatkan penghidapnya semput selain mengalami rasa ‘ketat’ di dada, nafas berbunyi, sesak nafas, batuk dan lelah. Ciri utama penyakit ini ialah pencerutan saluran udara dalam paru-paru yang berpunca daripada inflamasi dan menyebabkan pesakit sukar bernafas.

Batuk yang berterusan tanpa demam, terutamanya pada waktu malam dan awal pagi adalah tanda kuat asma. Antara punca yang menyebabkan serangan asma termasuklah asap rokok.


Asma adalah penyakit yang serius yang boleh mengancam nyawa, dan menjadi lebih teruk daripada pendedahan kepada asap rokok. Lebih daripada 24 juta rakyat Amerika yang hidup dengan asma dan masalah pernafasan.

PENYAKIT #6: PENYAKIT DALAM TELINGA TENGAH KANAK-KANAK



Penyakit telinga tengah merupakan masalah biasa bagi kanak-kanak yang turut terbukti ada kaitan dengan pendedahan terhadap asap rokok. Risiko kanak-kanak yang tinggal sebumbung dengan ibu bapa perokok adalah mereka terdedah kepada jangkitan telinga dan saluran pernafasan, seperti telinga bernanah dan inflamasi pada telinga tengah.


Asap rokok telah menyebabkan 790,000 anak-anak ke doktor setiap tahun bagi mereka jangkitan telinga tengah sengsara di Amerika Syarikat.

PENYAKIT #7: JANGKITAN RESPIRATORI DI KALANGAN BAYI DAN KANAK-KANAK



Pneumonia adalah masalah jangkitan paru-paru yang sangat biasa di kalangan kanak-kanak Malaysia. Jangkitan paru-paru kerap dialami oleh kanak-kanak berusia di bawah 5 tahun.


Kira-kira 60% punca utama kebanyakan kanak-kanak dimasukkan ke wad di Malaysia.

Pada awalnya kanak-kanak akan mengalami keradangan paru-paru (bronkitis) sebelum bertukar menjadi lebih kronik iaitu pneumonia. Pneumonia mungkin sukar dikesan pada kanak-kanak yang aktif, tetapi secara umum boleh dikesan menerusi perubahan sifat kanak-kanak iaitu meragam, tidak mahu minum susu dan tidak aktif.

PENYAKIT #8: KELAHIRAN BAYI YANG KURANG BERAT BADAN



Asap rokok boleh memberi kesan kepada seseorang sejurus sebelum mereka menarik nafas pertama. Ibu-ibu yang terdedah kepada asap rokok mempunyai risiko yang lebih besar untuk kelahiran bayi yang kurang berat badan. Si kecil dilahirkan terlalu kecil mungkin mempunyai komplikasi kesihatan seperti kecacatan kelahiran dan jangkitan.

PENYAKIT #9: PERKEMBANGAN PARU-PARU PADA KANAK-KANAK



Paru-paru anda mula berkembang ketika di dalam rahim ibu, dan terus berkembang pada zaman kanak-kanak. Pendedahan kepada asap rokok menghalang mereka membesar dengan sempurna.

Kesiannya orang lain jadi mangsa!

Boleh pilih nak utamakan kesihatan anak isteri dan keluarga, atau nak biarkan rokok dan asapnya meragut kesihatan kita dan keluarga tersayang?

Rokok boleh menyebabkan 9 penyakit kejam ni tau. Bukan setakat kat perokok, tapi kat orang yang kena asap rokok sekali. Kira kalau suami merokok, ada chance lah isteri dan anak tu kena kanser dan pnyakit kronik lain.

Bertindak sekarang sebelum keluarga kita terpaksa berhadapan dengan risiko kanser secara tiba-tiba.