Cari Blog Ini




Kanak² Di Syria Mati Dibunuh Dengan GAS SARIN. Doktor Ini Dedah Betapa Seksanya Mangsa Sebelum MAUT !!!





 




Seperti diceritakan oleh FB Dr Taufiq Razif (LINK). Tersentap kejap saya bila dapat tahu 10 kanak-kanak mati dibunuh dengan gas jenis Sarin oleh pihak Russia di Syria. Korang tahu tak kesakitan yang kanak-kanak tu terpaksa alami?


Gas jenis Sarin ni bukan senjata biasa. Sarin ni dikategorikan sebagai Senjata Pemusnah Massa ( Weapon Of Mass Destruction ).


Gas jenis Sarin ni memang takde bau dan rasa tapi efeknya sangat dasyat! Kanak-kanak yang terkena gas ni akan merasakan dadanya mulai mengetat, pandangan akan mulai kabur, hidung akan mulai berair dan berhingus. Selepas tu kanak-kanak tu akan mula muntah-muntah, badan mulai kejang-kejang seperti orang kerasukan, kencing dan najis akan berhamburan keluar tanpa dapat ditahan dan akhirnya lumpuh tak bermaya.


Selepas tu hanya dalam 1 hingga 10 minit je kanak-kanak tu akan terhenti nafasnya dan pergi buat selama-lamanya. Itu la kedasyatan serangan Russia pada kanak-kanak kecil yang mungkin sebaya dengan anak-anak kita semua.


Mujur lah Tuhan datangkan pada kita seorang Hero Malaya yang bernama Musa Nuwayri, Pengasas dan Penulis buku Tangisan Syria Di Bumi Jordan. Beliau buat satu keputusan ‘berani gila’ untuk buat Konvoi Ambulans Ke Syria pada akhir bulan April ni padahal ambulans ni la sasaran utama jet regim kejam di Syria sana.


Apa pun saya doakan semoga Hero Malaya ni diselamatkan oleh Tuhan di sana. Tak ramai anak muda yang berani macam Musa Nuwayri ni. Cuma sekarang ni Musa Nuwayri perlukan pertolongan kita sikit. Beliau tak mintak kita ikut dia pun tapi cukup la sumbang sedikit rezeki yang Allah bagi tu untuk dia beli ambulan untuk misi beliau kali ni.


Masa Jumaat 31 Mac 2017, sumbangan yang terkumpul baru mencecah RM 40,038.5. Musa Nuwayri masih memerlukan dalam RM 60, 000 lagi untuk mencukupkan target RM 100, 000 untuk membeli sebuah ambulan untuk dibawa ke Syria. Jadi tolong, demi rasa kemanusiaan dan kasih sayang kita semua, tolong sebarkan mesej ni pada seluruh penduduk Malaysia. Tarikh akhir kutipan cuma ada beberapa hari je lagi ni. Tolong sebarkan ye.


Sumbangan rasmi ke :


Persatuan Cinta Syria Malaysia
Maybank : 562834640983
Tarikh Akhir Kutipan : 15 April 2017


** Semoga yang SHARE pun akan dikira sebagai sumbangan kita disisi Allah. Tolong share semua. Musa Nuwayri dan Syria perlukan pertolongan kita semua.


** Saya Dr Taufiq Razif sendiri jamin 100% maklumat dan no akaun di atas adalah benar belaka. Jangan takut untuk menyumbang ye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan