-->

April 12, 2017

Lelaki Cedera, Tandas Meletup Ketika Nyalakan Rokok

Lelaki Cedera, Tandas Meletup Ketika Nyalakan Rokok,ok!: Seorang lelaki cedera di muka akibat letupan kecil ketika menyalakan api rokok di dalam tandas sebuah hotel di Genting Highlands, pagi tadi.

Lelaki Cedera, Tandas Meletup Ketika Nyalakan Rokok

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, mangsa berusia dalam lingkungan 40-an melecur di bahagian muka dan dihantar ke Hospital Selayang, Selangor untuk menerima rawatan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands, Penguasa Kanan Bomba, Yusri Abdullah Sani, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian itu jam 11.09 pagi dan sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati ada kesan letupan dan sedikit kebakaran.

"Sebaik sampai di lokasi kejadian mangsa sudah dibawa ke hospital dan kami difahamkan tandas berkenaan terletak di tingkat bawah dan ia hanya untuk kegunaan kakitangan hotel sahaja.

"Namun ketika kejadian, tandas berkenaan tidak digunakan kerana kerja penyelenggaraan sedang dilakukan," katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, mangsa masuk ke tandas itu untuk menghisap rokok dan sebaik api dinyalakan, berlaku letupan kecil sehingga mencederakan mangsa.

"Kita tidak menolak kemungkinan letupan berkenaan berlaku hasil tindak balas api serta gas yang terdapat dalam tangki septik tandas berkenaan.

"Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Kuantan sedang melakukan siasatan di tempat kejadian bagi mengenal pasti punca," katanya.

Yusri berkata, letupan itu turut menyebabkan kerosakan pada bahagian dinding, siling dan kawasan dalam radius lima meter dari tandas itu.

sumber
http://ift.tt/2o4bHG4?

----------------------------
Peminat Ray-Ban dan G-Shock? Dapatkan Kacamata Ray-Ban Original dan Casio G-Shock Original!