-->

Disember 11, 2017

Akhirnya Terbongkar Sebab Sebenar Bayi Ini Menderita, Rupanya Kerana Minum Enfalac A+ Tiruan.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali dengan nama Seila Nawi berkongsikan satu cerita mengenai penderitaan yang dialami oleh anaknya di media sosial selepas terbongkarnya laporan mengenai pengedaran Enfalac A+ yang tiruan di pasaran Malaysia.

Cerita yang ditulis oleh wanita itu mendapat perhatian dan simpati netizens terutamanya oleh golongan ibu bapa dan ianya telah dikongsikan sebanyak lebih dari 41,000 kali selepas 4 jam disiarkan di Facebook.

Menurut Seila Nawi, penderitaan yang dialami oleh anak kecilnya itu berpanjangan selama dua bulan lamanya dan ianya baru terjawab semalam selepas berita tentang Enfalac tiruan dilaporkan oleh media-media di negara ini.

Gambar - Seila Nawi
Gambar - Seila Nawi
Pada semalam, Berita Harian melaporkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas 210 kotak susu rumusan bayi disyaki tiruan bernilai RM42,000 susulan aduan mengenai seorang bayi mengalami muntah teruk selepas menggunakan produk itu. 

Rampasan itu hasil hasil pemeriksaan di lima kedai ubat-ubatan dan serbaneka di sekitar Iskandar Puteri dan Skudai, dekat sini kira-kira jam 12 tengah hari, Khamis lalu. 

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Johor, Khairul Anwar Bachok, berkata tindakan itu hasil pemantauan dan risikan selama kira-kira empat bulan oleh pihak pengadu yang juga pengeluar produk terbabit. 

Katanya, langkah itu dibuat selepas pengadu menerima aduan berkaitan seorang bayi mengalami muntah yang teruk selepas menggunakan susu terbabit yang kemudian disahkan tiruan oleh pihak pengeluar. 

"Hasil pemeriksaan mendapati pemilik premis yang berusia lingkungan 50-an menggunakan helah dengan mencampurkan kotak susu yang disyaki tiruan dengan kotak yang asli di rak jualan," katanya dalam satu sidang media.

Dan ini adalah penulisan Seila Nawi mengenai penderitaan yang di alami oleh anaknya angkara susu tiruan dan pihak yang tidak bertanggungjawab.

ENFALAC A+ TIRUAN 

Semalam Allah bagi petunjuk kepada persoalan saya selama 2 bulan lebih. Ini bukan silap Mead Johnson, saya faham. Saya telah pon melaporkan kejadian anak saya kepada mereka hari ini. Tapi saya harap; 

1. Mead Johnson Malaysia & pihak KPDNKK telus untuk membanteras sekaligus menyalurkan maklumat untuk membezakan susu tiruan ni sebab ini untuk mendidik kita sebagai ibu bapa supaya tidak terus ditipu 

2. Sedia untuk berkongsi maklumat keputusan kandungan susu tiruan dari jabatan kimia nanti. 

Oktober 2017, Anak saya, Mikael keluar masuk hospital, ingat lagi kan? Warded lebih 2 minggu. Punca masih tidak diketahui sehinggalah berita tentang susu tiruan semalam. Mikael bermula dengan muntah-muntah sehingga 9 kali dalam sehari. 

Kenapa sampai 9 kali, saya biar sahaja ke? Saya monitor dari rumah (kalau boleh nak elakkan ke hospital), dengan harapan & doa, Mikael akan reda dari muntah tapi tidak. 

*Saya bersyukur saya rekod & ambil gambar, sebab nak update husband saya yang jauh dari kami* Tengahari tu, muka & badan Mikael dah start kemerah-merahan & panas. Setiap kali keluar merah-mearah tu, saya mandikan dia. Demam on off. Menjelang jam 3pm, Mikael dah lembik, terbaring, susu pon dia taknak minum. 

Jadi, saya tak fikir panjang, terus bergegas ke hospital terdekat. Wallahi, langsung tak suspect disebabkan susu, doktor pon interview saya, hanya bertanya apa makanan tambahan (solid food) yang saya bagi pada Mikael, atau ada tak Mikael termakan apa2 sahaja dari persekitaran dalam rumah (since dia dah merangkak ke sana sini-puas fikir, saya takde jawapan). Doktor terpaksa tahan Mikael di wad, sebab dehydration & untuk pemeriksaan lanjut. 

Masuk ke wad, dah drip, Mikael langsung taknak susu atau makan. Next, Mikael dah start cirit-birit. Najisnya, seumur hidup saya, itu yang paling busuk saya pernah hidu. Sangat busuk sehingga nurse tak dapat tahan baunya sewaktu proses nak ambil sampel najis untuk ujian makmal. Mikael cirit-birit 11 kali pada haritu. 

Pelbagai ujian dibuat, termasuk alergik test, result semua ok utk Mikael, takde apa-apa alergik. Setiap najis diambil untuk ujian, namun doktor masih tiada jawapan utk punca. Selama di hospital, Mikael masih cirit-birit & demam on off, merah-merah di seluruh muka & badan sekejap ada sekejap hilang. Kemuncaknya, selepas seminggu, Mikael dah mula berak berdarah. Doktor decide dgn prosedur antibiotik. 

Saya sebagai ibu akur, walaupun berat hati ni, nak masukkan macam2 ubat dekat Mikael yang masih baby. Oh ya, sepanjang di hospital, saya tak bagi Mikael apa2 solid food (ye lah, doktor suspect mungkin alergik dari makanan tambahan) TAPI Mikael still minum susu Enfalac 😭 

Yelah, siapa sangka susu ada yang tiruan, lagipon Mikael bukan baru minum susu tu, dah beberapa bulan sebelum tu. Selepas 2 minggu lebih, sebab punca masih tak diketahui, Mikael dah nampak sedikit aktif, saya minta untuk discharged. 

Balik rumah, dah ada perubahan pada Mikael, way more better (sebab susu Enfalac pon dah beli pack baru (beli dari kedai lain), yang beli sebelum tu dah habis-HABIS saya bagi dia minum😩). 

Yang tanya, saya beli dari mana, saya tak dapat nak nyatakan kat sini, sebab pihak Mead Johnson sedang menyiasat rangkaian kedai serbaneka berkenaan di sekitar Selangor ni. Kita tunggu jawapan dari mereka nanti. 

Cuma nasihat saya, ibu-ibu yang masih nak teruskan anak dengan susu ni, boleh beli dari AEON & TESCO dulu, elakkan beli dari kedai-kedai ubat atau kedai rangkaian serbaneka buat sementara waktu sehingga mereka istiharkan isu ini selesai. 

Untuk saya, saya dah tukarkan Mikael dgn susu lain selepas pengalaman pahit ni. Untuk parents, kalau anak2 kita ada tanda2 macam saya sebutkan di atas, cepat2 bawak anak anda ke hospital. 

Saya doakan anak-anak kita di elakkan dari terus menjadi mangsa. Kesan dari susu tiruan ini, Mikael masih recover dari kemerahan di muka & badan. 

Saya yakin ada bahan aktif dalam susu tiruan yang belum betul2 discharge dari badan dia. InshaaAllah slowly. Mohon doa dari semua jugak untuk Mikael.