-->

Disember 11, 2017

McDonald’s Malaysia Nafi Bagi Dana Ke Israel - Seruan Boikot McDonald’s, Netizens Berbelah Bahagi.

Jika tahun-tahun sebelumnya, setiap kempen dan gerakan yang mempromosikan boikot ke atas McDonald’s Malaysia akan menerima sambutan yang luar biasa hebatnya tetapi tidak pada kali ini.
Kali ini rata-rata netizens samada melayu mahupun bukan melayu enggan memboikot restoran makanan segera itu berbanding semangat yang pernah ditampilkan pada seruan boikot yang terdahulu. 


Malahan tinjauan mendapati kebanyakan respon yang ditunjukkan berbelah bahagi. Ada yang menyokong boikot tetapi ramai juga yang enggan meneruskan memboikot.
Ini mungkin ada kaitan dengan pertukaran syarikat yang memegang lesen hak milik franchais bagi McDonald's cawangan Malaysia dan Singapura. 

Untuk rekod, McDonald's Malaysia menyatakan ia dimiliki sepenuhnya oleh syarikat Lionhorn Pte Ltd dari Arab Saudi. Syarikat ini diberikan hak untuk kendalikan franchais cawangan Malaysia dan Singapura. 

Yang memperlekehkan 

Izhar Ismail : Apa-apapun mekdi best. Cuma kalau dekat drivethru tu. Baik korang cek betul isi dalam beg kertas tu. takut nanti kena patah balik plak.

Amie : Orang melayu gak ramai komen. Hidup melayu keras kepala haha

Sood Al-Badigool : Akan aku jadi pelanggan setia mekdi hingga ke akhirnya! Long live mekdi! 

Aliff Rizanuddin : Takpe mcd. Cuba buat promosi bagi burger free. Time provok nanti insyallah, diorang dah berubah hati. 

Isyraq Salleh : Melayu dengan fitnah berpisah tiada. Kerja nak fitnah je. Bodoh. 

Eyezart Aizat : Ia melucukan apabila orang ramai terus menyalahkan McDonald’s dan menyebarkan terlalu banyak kebencian di media sosial milik AS – Facebook! Banyaklah berdoa daripada anda semua bersusah payah menjatuhkan perniagaan besar. Tak perlu nak tutup periuk nasi orang-orang yang kerja di McDonald’s, mereka masih berusaha mencari rezeki.

Yang menyokong 

Eskay Haji Ali : Bukan franchise ke? If not can change the name... If yes need to pay some kind of royalty etc.. Correct me if I'm wrong.

Muhamad Zaid Saad : Pencerahan tidak mencukupi kerana fee atau royalty kepada McD Amerika tidak di maklumkan. 

MA Mods : Nama restoran pun dah tahu asal dari mana. Gerbang alaf sekadar pakai nama register sahaja. Zaman dah canggih. Kalau syarikat anak beranak pun untung bagi kat kepala syarikat jugak.




Respon syarikat McDonald’s Malaysia
Kebenaran & Pencerahan: Pesanan dari McDonald’s Malaysia
McDonald's Malaysia sangat kecewa dengan seruan untuk memboikot restoran kami, sebagai tindak balas terhadap pengumuman Presiden Trump baru-baru ini.
Sebagai rakyat Malaysia, kami memahami kekecewaan yang dirasai oleh umat Islam di seluruh dunia berhubung isu ini. Marilah kita bersatu dan menumpukan perhatian kepada perjuangan yang betul, dan mendoakan yang sebaiknya untuk mereka yang menerima kesan disebabkan perkembangan ini.
Dakwaan bahawa McDonald’s menyalurkan dana kepada Israel adalah satu tuduhan yang tidak benar, dusta, palsu dan fitnah. Dakwaan yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mesej WhatsApp juga tidak berasas.
Adalah penting untuk semua mengetahui bahawa perniagaan McDonald's di Malaysia dikendalikan oleh Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd, dan syarikat ini 100% milik tempatan serta pemegang saham terbesarnya beragama Islam. Kami juga tidak menyokong atau terlibat dalam sebarang konflik politik atau keagamaan di mana-mana negara di dunia.
McDonald’s telah lama menjadi sebahagian daripada masyarakat Malaysia. Tanggungjawab sosial korporat amat kami titik beratkan dan lebih RM2.5juta telah dibelanjakan pada tahun ini sahaja untuk lebih 5,000 aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan turun padang di sekitar Malaysia.
Kami menganggap tuduhan sedemikian sebagai fitnah dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab, yang terus menyebarkan pembohongan melalui platform media sosial dan saluran-saluran lain.
Bantulah kami menyebarkan kebenaran dengan berkongsi mesej ini kepada rakan-rakan dan keluarga anda.
Ikhlas daripada,
Azmir Jaafar
Pengarah Urusan & Pemilik Saham Tempatan
Gerbang Alaf Restaurants Sdn. Bhd.