-->

April 13, 2018

TMJ Memang Selalu Bantu Orang Miskin Selama Ini..

Page JDT mendedahkan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor adalah seseorang yang memang suka menderma dan membantu golongan miskin selama ini.

Perkara itu ditulis dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh page itu pada semalam. Kenyataan itu ditulis mewakili Tuan Haji Mohd Haffiz Bin Haji Ahmad, Pegawai Daerah Batu Pahat.


Walaupun tidak menjelaskan secara lanjut tetapi ramai percaya ia ada kaitan dengan komen sesetengah netizens yang mempersoalkan kenapakah TMJ tidak menyasarkan golongan miskin di Johor ketika membelanja pelanggan yang membeli belah di AEON Tebrau pada rabu lepas.

Berikut adalah penulisan oleh Tuan Haji Mohd Haffiz Bin Haji Ahmad seperti tersiar di JDT;
 
Oleh : Johor Southern Tigers

DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR SEORANG KERABAT DIRAJA BERJIWA RAKYAT

Untuk makluman semua, ramai rakyat Johor tidak tahu bahawa sejak tahun 2014 DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor akan memberi sedekah setiap dua atau tiga minggu sekali sebanyak RM3,000 seorang kepada tiga keluarga termiskin di setiap daerah tanpa membezakan agama dan bangsa, menyedekahkan daging lembu segar dan 2 ekor lembu kepada setiap daerah dan tiga buah rumah anak yatim secara bergilir. 


Ia akan diberikan secara menyeluruh apabila tiba hari perayaan. Ini adalah fakta sebenar yang ramai tidak tahu dan boleh disahkan oleh pegawai-pegawai setiap daerah.

Setiap tahun keluarga Kerabat Diraja Johor akan mengadakan satu kembara untuk berjumpa rakyat jelata di setiap daerah Johor yang digelarkan sebagai Kembara Mahkota Johor. 


Kembara tahunan ini mula diperkenalkan oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dimana ketika itu baginda adalah Tunku Mahkota Johor. Selain daripada berjumpa rakyat jelata dengan menggunakan kenderaan seperti motosikal berkuasa besar, kereta antik, trak dan keretapi, baginda turut memberikan sumbangan kepada keluarga-keluarga miskin di setiap daerah.

Tuan Haji Mohd Haffiz Bin Haji Ahmad, Pegawai Daerah Batu Pahat, Johor.