-->

Mac 06, 2014

Budak Perempuan 2 Tahun Kritikal, Di Syaki Di Dera Ibu & Kekasih

Seorang budak perempuan berusia dua tahun setengah kini berada dalam keadaan kritikal kerana mengalami pendarahan otak dipercayai akibat didera ibu kandung dan teman lelaki ibunya.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, kedua-dua suspek yang tinggal di Hutan Melintang dekat sini, masing-masing berusia 20 dan 26 tahun telah ditahan reman sejak Isnin lepas untuk siasatan.

Budak Perempuan 2 Tahun Kritikal, Di Syaki Di Dera Ibu & Kekasih
Antara kes penderaan kanak-kanak

"Semasa dibawa ke Jabatan Kecemasan di Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam di Selangor pada pukul 5 petang Isnin lepas, kanak-kanak itu didapati tidak bergerak, mata dalam keadaan terbuka serta pernafasan tidak teratur," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, selain itu pemeriksaan perubatan turut mengesan banyak kesan lebam dan calar di bahagian tangan, belakang badan serta muka di samping benjol pada bahagian kiri kepala kanak-kanak itu.

Pegawai perubatan mengesyaki kanak-kanak malang itu telah didera sebelum bertindak menghantar mangsa ke Hospital Sungai Buloh, Selangor untuk pemeriksaan lanjut, katanya. - Bernama