-->

Mac 05, 2014

Di Belasah Penduduk Kerana Curi Tabung Masjid

Tindakan seorang lelaki cuba mencuri wang tabung sebuah masjid, membawa padah apabila dia bukan sahaja berjaya ditangkap penduduk kampung, malah turut dibelasah kerana bertindak agresif.

Di Belasah Penduduk Kerana Curi Tabung Masjid

Kejadian kira-kira jam 12.40 tengah malam itu disedari anggota Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang secara kebetulan melakukan rondaan di kawasan terbabit sebelum melihat kelibat suspek dalam keadaan mencurigakan berada di kawasan Masjid Kuala Abang.

Suspek dikatakan cuba mencuri tabung dalam masjid itu menggunakan tali seperti pancing dan tindakannya disedari anggota KRT sebelum menyerbu ke arah suspek. Suspek yang terkejut dengan kehadiran anggota KRT itu cuba melarikan diri.

Anggota KRT berkenaan terpaksa membelasah suspek yang bertindak agresif sebelum berjaya ditahan.

Suspek, berusia 30-an berasal dari Bukit Gasing Marang kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah, Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan tangkapan tersebut dan suspek yang gagal mendapat sebarang habuan hasil kerja jahatnya itu kini ditahan reman untuk siasatan lanjut. - SinarHarian