-->

Mac 22, 2014

Lawak Pintu Kapalterbang, Chef Wan Anggap Strateginya Berjaya?

Chef Wan menerusi Astroawani.com akur dengan sebarang tindakan terhadap beliau yang 'mempersenda' insiden kehilangan pesawat MH370 menerusi akaun Instagrammya di @chefwan58.

Lawak Pintu Kapalterbang, Chef Wan Anggap Strateginya Berjaya?

Menurut beliau, ianya hanyalah satu gurauan untuk melihat reaksi orang ramai terhadap gambar yang dimuatnaik beliau yang kemudiannya dipadam.

Beliau yang berada di sebuah pantai pagi tadi memberitahu pihak krew untuk berjenaka dan lihat reaksi orang Malaysia yang suka "melatah dan mengutuk orang."

"Saya percaya bahawa ada yang pernah bergurau tentang isu ini dalam beberapa hari lepas namun saya sengaja meletakkan gambar itu di Instagram untuk melihat reaksi orang ramai.

"Tidak sampai 10 minit, saya dihubungi oleh Ayie Murai.com… Benar bahawa orang Malaysia suka mencari sebab untuk memburukkan orang lain walaupun ia bertujuan untuk membuat orang ketawa dan ia merupakan satu jenaka," kata beliau menerusi Instagram.

Selain itu, beliau juga akan akur dengan sebarang tindakan yang bakal dikenakan terhadap dirinya.

"Saya terima segala akibat susulan tindakan saya. Saya sengaja melakukannya dan saya berjaya."

- KeZoom -


P/s -  cuba matang sikit perangai tu chef Wan selari dengan usia dan gelaran