-->

Mac 20, 2014

Sari Yanti Sah Fail Cerai Di Mahkamah

Selepas lebih lima tahun melayari bahtera rumah tangga, pelakon Sari Yanti akhirnya memfailkan permohonan cerai daripada suaminya, Mohd Eddy Casmady pada 25 Februari lalu.

Sari Yanti Sah Fail Cerai

Pasangan ini juga telah diarahkan oleh Mahkamah Syariah Seremban untuk melalui proses 'sulh' pertama bagi membolehkan masalah rumah tangga mereka diselesaikan secara baik pada 18 Mac lalu, namun keduanya tidak dapat hadir atas urusan yang tidak dapat dielakkan.

Namun, difahamkan mahkamah akan menghubungi mereka bagi menetapkan satu tarikh lain.

Sepanjang tempoh perkahwinan itu, Sari Yanti dan Mohd Eddy telah dikurniakan dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2.

- MediaHiburan -