-->

April 03, 2014

Tiada Subsidi Minyak: RON95 Naik RM0.30 Sen?

Kerajaan hari ini menafikan akan menurunkan subsidi harga petrol RON95 sebanyak 30 sen yang boleh menyebabkan harga bahan bakar itu meningkat kepada RM2.40 seliter mulai tengah malam Rabu.

Tiada Subsidi Minyak: RON95 Naik RM0.30 Sen?

"Tiada pengurangan subsidi 30 sen RON95 dan minyak naik kononnya tengah malam ini," kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menerusi tulisan di akaun Twitter miliknya pada Rabu.

"Saya ingin nafi khabar angin itu. RON95 masih ada 73 sen subsidi," katanya yang menjelaskan bahawa harga minyak petrol RON95 masih kekal RM2.10.