-->

September 04, 2014

Cahaya Misteri Terangi Langit Sabah

Netizen heboh memperkatakan tentang satu imej cahaya misteri yang menerangi langit Sabah di Putatan semalam. Menurut info, cahaya misteri tersebut turut dapat dilihat di Limbang, Sarawak.


[15 Gambar] Cahaya Misteri Terangi Langit Sabah


Cahaya tersebut yang kelihatan selama 20 minit perlahan-lahan akhirnya beransur hilang. Soalnya, apakah misteri cahaya itu?

[15 Gambar] Cahaya Misteri Terangi Langit Sabah


Cahaya Misteri Terangi Langit Sabah

Dalam pada itu, terdapat pihak mendakwa ini adalah fenomena Light Pillars.

Light Pillar adalah fenomena optik yang dibentuk oleh pantulan cahaya matahari atau cahaya bulan melalui kristal ais yang terdapat di dalam atmosfrera Bumi.

Light Pillar juga boleh dibentuk oleh sumber cahaya buatan manusia seperti lampu jalan.

Ia terjadi apabila cahaya matahari terpancar ke permukaan kristal ais.

Kristal-kristal ais ini boleh ditemui di celah-celah awan ais, kabus ais, salji yang berhembus dan awan di permukaan darat, tetapi kesan yang dihasilkan ialah satu pancaran cahaya indah yang memancar ke angkasa.



Tetapi, terdapat pihak mengatakan cahaya itu terhasil dari pelantar minyak yang berdekatan milik Petronas. Bagaimanapun, Petronas Sabah menafikan dakwaan berkenaan.

Tetapi, fitrah manusia bila ada juga yang menjadikan fenomena ini sebagai bahan lawak mereka- Sila rujuk gambar dibawah.

[15 Gambar] Cahaya Misteri Terangi Langit Sabah


Apapun, kita tunggu pengumuman rasmi dari pihak yang bertanggungjawab mengenai cahaya misteri dilangit Sabah ini.

sumber
http://bloginfo4uall.blogspot.com/2014/09/14-gambarfenomena-cahaya-misteri.html