LONDON: Chelsea membuat kejutan apabila menyuarakan hasrat untuk mendapatkan bintang Real Madrid dan bekas wira Manchester United, Cristiano Ronaldo.
Pemenang anugerah The Ballon d'Or itu dijangka bakal meninggalkan barisan didik Carlo Ancelotti, musim panas depan dengan kemungkinan akan kembali ke Old Trafford.
Dipercayai United sudah membuat simpanan berasingan STG60 juta (RM300 juta) untuk membawa pulang Ronaldo ke England dan Louis Van Gaal bersedia menawarkan perjanjian lumayan mengatasi gaji mingguan STG290,000 yang diterima ketika ini.
Namun, ada laporan terkini mendakwa Jose Mourinho sudah menyuarakan hajat mahu memancing pemain itu selepas pernah membimbingnya di Real.
Walaupun ada kecenderungan dari kelab Stamford Bridge itu Ronaldo lebih berminat pulang untuk mewakili Red Devils selepas pernah berkata: "Saya masih sayang Manchester". - Daily Express.
|