Hanya kerana mencuri telefon bimbit bernilai RM200, seorang lelaki maut dipukul selepas sehari bertarung nyawa di Hospital Bukit Mertajam (HBM), kelmarin.
Difahamkan, dalam kejadian jam 3 petang Jumaat lalu, mangsa, Oi Sim Guan, 38, pada mulanya menumpang lori untuk pulang ke rumahnya di Taman Sejahtera, Alma, di sini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asistan Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, sejurus menurunkan mangsa, pemandu lori berkenaan menyedari telefon bimbitnya yang diletakkan di tempat duduk sebelah pemandu hilang dan mengesyaki diambil mangsa.
Menurutnya, pemandu lori berkenaan berpatah balik dan menemui mangsa berhampiran padang di taman berkenaan.
"Ketika pemandu lori itu bertanyakan mangsa mengenai kehilangan telefon bimbitnya, datang sekumpulan orang awam dan berlaku satu pergaduhan.
Malang bagi Oi apabila dia bukan sekadar dibelasah tangan dan kakinya turut diikat malah turut di cucuh dengan puntung rokok dibahagian muka dan tangan oleh seorang lelaki.
Oi kemudiannya dihantar ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Dilaporkan pemandu lori tersebut telah ditahan manakala polis sedang menjejaki beberapa lagi suspek yangmengakibatkan kematian Oi.
sumber
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Mautdipukulcuritelefon/Article/