Tindakan tiga sahabat menaiki sebuah motosikal dengan melawan arus membawa padah apabila motosikal itu bertembung dengan sebuah lagi motosikal yang dinaiki dua lelaki menyebabkan tiga maut dalam kejadian di Jambatan Sungai Bakir, Bungin, Spaoh,kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.30 malam, penunggang motosikal pertama jenis Yamaha, Asmirul Sanusie, 21, maut di lokasi kejadian, manakala dua rakan perempuannya, Era Naziera Yusof dan Natasha Nurul Afikah, masing-masing berusia 17 tahun parah dan dikejarkan ke Hospital Betong.
Manakala, sebuah lagi motosikal Modenas Kriss yang ditunggang Saimi Mazali, 52, dan pembonceng, Awet Sapali, 48 maut di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Betong Deputi Superintendan Aidil Bolhassan berkata, motosikal yang dinaiki seorang penunggang dan dua pembonceng itu dipercayai dalam perjalanan ke Bungin dengan menunggang di laluan bertentangan.
Katanya, ketika berada di atas jambatan berkenaan, motosikal yang dinaiki dua lelaki yang dalam perjalanan ke Manggut, di sini, itu tidak perasan kehadiran sebuah lagi motosikal lain di laluan mereka.
sumber
http://www.hmetro.com.my/articles/3mautmotorbertembung//Article
|