-->

Oktober 03, 2014

Gambar Zul Ariffin Bersosial Tersebar

Sejak tercetusnya fenomena Rindu Awak 200% nama Zul Ariffin semakin menjadi bualan peminat. Rata-rata mereka masih teruja dengan watak Zill Faezrul dalam drama tersebut.

Gambar Zul Ariffin Bersosial Tersebar

Tapi gambar yang baru tersebar di laman internet ni pasti membuatkan ramai peminat perempuan makan hati. Bahkan, kami pun terkejut bila melihat foto Zul Ariffin memeluk seorang perempuan dikongsikan di sebuah forum malam tadi.


Menurut forum tersebut, foto Zul dengan wanita misteri ini dikatakan diambil ketika pelakon lelaki berkenaan berada di Langkawi untuk sebuah sesi penggambaran.


Ada yang meneka susuk tubuh wanita ini tak nampak seperti badan kekasih Zul iaitu Gayatri.

Aik, mustahil Zul nak berskandal pula sedangkan memang semua dah sedia maklum bahawa mereka masih lagi hangat bercinta.


Banyak sebenarnya persoalan yang timbul di kepala mengenai foto ini. Siapa yang sebar dan siapa perempuan yang dipeluk itu? Adakah ia merupakan foto lama? Nak tahu kebenarannya? Maka, kita tunggu sahaja jawapan Zul.

sumber
http://www.ohbulan.com/gosip-zul-ariffin-didakwa-bersosial-peluk-perempuan-tersebar/