-->

Oktober 01, 2014

Punca Sebenar, Bayi 3 Bulan Mati Di Taska Permata Bonda

Kegembiraan seorang kakitangan Penerbangan Malaysia (MAS) menimang cahaya mata ketiga hanya bertahan tiga bulan apabila anaknya itu meninggal dunia ketika berada di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska Permata Bonda) di Presint 11 kelmarin.


Nur Imna Khalisa Muhamad Zamri, tiga bulan, ditemui dalam keadaan kaku dan kebiruan manakala mata, belakang badan serta telinga mempunyai kesan gigitan semut ketika hendak dijemput pulang pada pukul 5.45 petang oleh ibu bapanya.

Difahamkan, bayi tersebut tidak meminum susu ketika ditinggalkan di katilnya kira-kira pukul 3 petang dan sepanjang tempoh itu, pengasuh didakwa langsung tidak menjenguk mangsa.

Berikut adalah luahan dari bapa saudara mangsa (Boii Amani Hashim):
Salam… Semalam anak buah saya berusia 3+ bulan telah meninggalkan kami. Kami masih menunggu keputusan autopsi yg sedang dilakukan. Cerita awl yang saya dapat adalah semasa adik saya ingin mengambil arwah anknya (imna khalisa) di Taska Permata Bonda Presint 11, imna dah keras dan kaku…bile ditanya sekor2 penjaga seperti tatau ape yg berlaku. Dah keras dah chor…imagine brape lame dah imna meninggal br dapat tau. Ada kesan luka di atas hidung dan kepala. Pernah ada kes dulu taska ni. Korang boleh google 'taska permata bonda'. Aku masih tak faham kenapa dulu takde ape2 tindakan dr pihak berkuasa utk menutup premis tersebut dr terus beroperasi. Sekarang anak buah aku jadi mangsa. Trust me. Someone will pay and heads will roll. Thanks kepada semua yg turun semalam dan pertolongan korang semua…appreciate it a lot. Saya merayu utk kengkawan share about this. They need to pay for what they did to my niece! Tiada kompromi
Menerusi sumber info diatas, taman asuhan kanak-kanak berkenaan adalah Taska Permata Bonda dan dipercayai sebelum ini sudah ada kes yang sama berlaku di taska tersebut.

Bayi 3 Bulan Mati Di Taska Permata Bonda | Kegembiraan seorang kakitangan Penerbangan Malaysia (MAS) menimang cahaya mata ketiga hanya bertahan tiga bulan apabila anaknya itu meninggal dunia ketika berada di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska Permata Bonda) di Presint 11 kelmarin.

Namun hingga kini masih tiada tindakan yang diambil oleh pihak berkenaan.
Petang tadi seorang sahabat saya dengan beberapa penguatkuasa Perbadanan Putrajaya telah turun ke TASKA PERMATA BONDA atas arahan 'pegawai atasan'. namun apa yang dilihat Taska masih beroperasi seperti biasa tanpa ada kengkangan dari pihak berwajib. Bila disemak semua menepati syarat untuk beroperasi dan masih ada ibu bapa yang menghantar anak mereka disitu.

Puan Noraini (pengetua taska) hilang ntah kemana dan hanya dapat menemubual salah sorang penjaga sahaja. bila ditanya pasal perihal anak buah saya, dengan selamba mereka menjawab bahawa anak buah saya bile dihantar pagi tu mmg dah demam dan itu mungkin penyebab kematian. FUCK OFF ABAH KAU RAMBO DEMAM!!! hidung berdarah, kepala tobek, blakang berbirat demam celah mane? senang sgt korang mengelak, YA ALLAH aku merayu KAU berikan balasan yang setimpal…mohon ya Allah!!! 
Bayi 3 Bulan Mati Di Taska Permata Bonda

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Taska Putrajaya, Husna Abdul Rahman berkata, taska tersebut mempunyai lima pengasuh namun pada hari kejadian seorang daripadanya cuti sakit. Menurutnya, taska itu menjaga 33 kanak-kanak termasuk sembilan bayi dan enam transit selepas sekolah. Taska itu telah beroperasi lebih dua tahun.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, pihaknya telah mengambil keterangan pengasuh untuk membantu siasatan semalam. Jelasnya, kes tersebut masih belum diklasifikasikan kerana keputusan bedah siasat tidak dikeluarkan lagi.

Harap pihak berkenaan memantau dan mengambil tindakan terhadap taska ini. Bukan nak burukkan sesiapa, tetapi kalau dah kes berulang seperti ini memang amat membimbangkan. Ibu bapa zaman sekarang terpaksa hantar anak mereka ke taska kerana bekerja dan perlu mencari pendapatan.


#Pelik.... kenapa masih tiada tindakan ekkk??? Gila hape skg nih??? Harap2 anak derang pulak yang mati baru ada akai.....

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1001&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm
http://www.ammboi.com/2014/10/01/lagi-kes-bayi-meninggal-dunia-di-taska-permata-bonda-putrajaya/