-->

Oktober 07, 2014

Saksi Kemalangan Terowong Menora Cerita Detik Kejadian

Seorang saksi kemalangan maut di Terowong Menora sempat menceritakan detik kejadian malang itu menerusi laman sosialnya. Menurut saksi tersebut,

Allahyarham Norhayati Wook, 50, sempat mengadu kesakitan dan meminta tolong sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam nahas itu.

Saksi Kemalangan Terowong Menora Cerita Detik Kejadian

Individu tersebut yang menggunakan nama SuperYan Ahmad dalam satu ruangan komen di sebuah laman Facebook yang turut berkongsi video kesedihan mangsa Muhammad Yusriman, 23, yang begitu sedih ketika menelefon bapanya memaklumkan ibunya sudah meninggal dunia.

"Saya berada di tempat kejadian, berlaku depan mata, lori dengan kegagalan brek menghentam kereta mereka dari belakang sampai terbakar.

"Kami bertungkus lumus nak keluarkan mangsa dan padamkan api.. Arwah ibu lelaki ini (Muhammad) masih bernafas dan mengadu sakit kepada saya," katanya dalam komen berkenaan.

Saksi Kemalangan Terowong Menora Cerita Detik Kejadian

Menurut SuperYan, mangsa yang meninggal dunia merupakan dua orang penumpang yang duduk di belakang kereta Proton Saga BLM berkenaan kerana kereta mereka remuk dihempap tayar lori selepas kemalangan maut itu.

"Tayar lori itu betul-betul penyekkan kereta mereka, yang selamat pemandu, penumpang hadapan dan adik kecil mereka, saya pertama sampai dan nampak adik kecil minta tolong dan api mula marak," katanya.

Dia kata, beberapa buah lori dan bas yang melalui laluan itu terpaksa ditahan untuk meminta alat pemadam api dan air mineral untuk memadamkan kebakaran seterusnya menyelamatkan mangsa kemalangan.

"Kalau tengok tempat kejadian, beratus2 botol air mineral, tq (terima kasih) kepada semua yang menolong," kata pengguna Social Media Facebook itu.



sumber
http://siputtgondang.blogspot.com/2014/10/saksi-di-tempat-kejadian-kemalangan.html