Jadilah diri kita yang sebenar, kerana orang yang menjadi dirinya yang sebenar merupakan orang yang bervisi dan tidak hidup dalam kepura-puraan. Orang yang menerima hakikat dirinya yang sebenar, hidup dengan penuh kesyukuran dan keredhaan.
Andai hidup didatangi kejayaan demi kejayaan, mereka akan bersyukur dan yakin bahawasanya, semua yang mereka miliki itu bukan kerana kehebatan mereka. Tetapi kehebatan dari Allah SWT yang meminjamkan kehebatan-Nya kepada mereka. Maka tidak terbentuklah nilai diri yang angkuh dan sombong.