Vokalis kumpulan Spring, Ameng menanggung kerugian RM15,000 apabila menerima cek tendang daripada penganjur persembahan majlis makan malam, baru baru ini.
Menurut Ameng atau nama sebenarnya, Wan Aminuddin Wan Ismail, 48, dia hanya menyedari dirinya ditipu ketika mahu menunaikan cek terbabit, baru-baru ini.
"Saya berusaha menghubungi pihak terbabit tetapi mereka beri pelbagai alasan.
"Saya juga belum bercadang membuat laporan polis kerana masih berharap pihak terbabit tampil dan melunaskan bayaran seperti dijanjikan," katanya.
Ameng berkata dia kesal dan kecewa kerana masih ada pihak yang cuba mengambil kesempatan atas kesempitan hidupnya.
"Saya akui sejak keluar Penjara Kluang, undangan persembahan di serata tanah air tidak pernah putus.
"Mujur ada isteri, Sabariah Zakariah membantu mengatur jadual seni saya.
"Selain majlis makan malam dan korporat, saya juga banyak menerima undangan persembahan daripada pihak istana. Namun, keimanan saya tetap diuji apabila ada pihak cuba mengambil kesempatan dan menipu pula," katanya ditemui di sesi mencuba baju sempena Konsert 3 Suara yang berlangsung di Ampang, hari ini.
Ditanya sama ada dia ingin berpindah ke Kuala Lumpur bagi memudahkan urusan kerjaya seni, Ameng berkata dia terpaksa menangguhkan perkara itu buat sementara waktu.
"Tidak dinafikan memang penat berulang-alik dari Melaka ke Kuala Lumpur setiap kali ada persembahan.
"Namun, banyak faktor yang perlu diambil kira jika benar mahu berpindah ke Kuala Lumpur.
"Selain ibu mentua yang uzur, anak bongsu saya juga bersekolah di Melaka," katanya.
sumber
http://www.hmetro.com.my/node/157776
Laiyaker - Hanya tuhan yang mengerti hati dan perasaan ku, Di tengah malam syahdu hatiku merindu, Sampai Hati