-->

Ogos 03, 2016

Kata marah kalau orang curi duit rakyat. Tapi diri sendiri curi hak orang lain takpe pulak?

TIDAK dinafikan, dalam kalangan masyarakat kita ada yang gemar mengambil sesuatu seperti krimer kopi, gula, pek cili, di restoran makanan segera dengan secara berlebihan kerana mengamalkan pemikiran 'sudah bayar'.


Biarpun sudah membayar, ia bukan bermaksud pelanggan boleh mengambil seberapa banyak dengan sesuka hati, siap ada yang 'tapau' bawa balik rumah sedangkan ia adalah untuk kegunaan ramai.

Itulah perkara yang ingin dikongsikan oleh saudari Azmira Azman, berkenaan peristiwa yang berlaku terhadapnya baru-baru ini di sebuah pusat beli-belah.

Azmira menceritakan bagaimana ragam segelintir rakyat Malaysia yang berperangai sedemikian, lalu membuat keputusan untuk menegur pengunjung bergelar 'makcik' tersebut.

Jom biasa perkongsian ini dan semoga menjadi  ingatan buat semua.

So tadi kami pergi lah IKEA Cheras sebab nak beli barang untuk rumah baru. Lepas beli barang kami pun teringin nak makan aiskrim so kitorang pun beli la aiskrim. A bit terkejut kat situ sebab kena pakai token.

Tapi bila mengenangkan orang Malaysia yang ada budaya suka ambil lebih² "sebab dah bayar", rasa macam bagus juga la ada token tu.

Tapi still rasa kecewa la sebab mentaliti tu.

Pastu sambil-sambil makan aiskrim, datang dua aunties pergi songlap paket-paket gula, krimer dengan kayu pengacau kopi. Sekali ambil segenggam terus.

Kami pandang je. Sekali. Dua kali.

Orang IKEA refill lagi peket-paket kat situ.

Kali ketiga. Tapi dia perasan kami dah jeling-jeling tajam. So dia ambil sepeket je lagi gula. Kami pandang je diorang berdua sambil diorang minum kopi tu. Dua-dua dah tak senang duduk sebab perasan kitorang pandang diorang tak kelip-kelip mata.

Paling tak boleh blah, aunties tu suruh ada budak-budak sekolah kat situ curi kan kayu pengacau kopi tu untuk dia.


Time tu acik dah paneh. Nak molotup palo acik tengok budak-budak tu ambik segenggam kayu-kayu pengacau tu.

Maka, Azmira pun buat la seperti apa yang cikgu Azmira selalu buat. Dengan suara cikgu yang kuat ni, saya pun pergi kat meja dia:

"Auntie, you tak malu ke ambil gula, krimer dengan stirrer tu banyak²? You ambil ulang² sampai tiga kali, banyak pulak tu? Habis tu orang nak minum kopi nak pakai apa?!"

Terkujat makcik tu, mula² dia jeling tapi stay kat meja dia. Pastu bila ramai dah pandang², dia terus blah

Tapi budak² sekolah yang telah diarahkan untuk mencuri bagi pihak dia tu tetap pergi ambil segenggam lagi kayu pengacau tu.

"Adik, kau jangan nak ambil banyak² untuk auntie tu. Ni nama dia mencuri!"

Budak² sekolah tu tersipu-sipu pastu terus blah jugak. So pengajaran kat sini. Kalau pun dah bayar duit kopi tu, bukan bermaksud boleh ambil 80 paket gula bawa balik.

Kata marah kalau orang curi duit rakyat. Tapi diri sendiri curi hak orang lain takpe pulak?
Jangan sampai ambil paket gula pun kena pakai token nanti.

sumber
http://www.mynewshub.cc/2016/08/02/tak-malu-ke-ambil-paket-gula-krimer-banyak-banyak/