Suami Isteri Ganggu Penguat Kuasa MBSA Dihukum 5 Bulan Penjara,ok!: Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini menaikkan hukuman penjara 14 hari kepada lima bulan terhadap pasangan suami isteri yang mengasari penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), November tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman Wong Teck Meng membuat keputusan itu kepada Lor Ka Hoo, 35, dan Tat Sit Fun, 30, selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan diperintahkan menjalani hukuman mulai hari ini.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Iskandar Ahmad, Mohd Fairuz Johari dan Ng Wee Li manakala tertuduh diwakili S Gabriel.
Pada 25 November tahun lalu, Majistret P Sarulatha menjatuhkan hukuman penjara 14 hari terhadap pasangan itu selepas mengaku salah mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam menjalankan kewajipan yang sah di sisi undang-undang.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh menggunakan kekerasan jenayah terhadap Nurul Ain Isa, 23, ketika menjalankan tugas dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa bersama seorang rakan setugas menjalankan tugas di kawasan BRP 6/11 Bukit Rahman Putra dan mengeluarkan saman ke atas sebuah kereta yang tidak mempunyai kupon bayaran letak kereta.
Bagaimanapun, tindakan itu mengundang kemarahan tertuduh dan pergaduhan membabitkan penguat kuasa berkenaan dengan pasangan itu menjadi viral selepas video berdurasi dua minit 10 saat tersebar di laman sosial.
sumber
Harian Metro