-->

Januari 24, 2017

Suspek Tikam 3 Anggota Polis Berjaya Ditahan

Suspek Tikam 3 Anggota Polis Berjaya Ditahan,ok!: Lelaki yang juga suspek penjenayah yang menikam seorang pegawai dan dua anggota polis di sebuah kedai permainan komputer, ditahan di Kampung Petani, Kubang Semang,  semalam.

Suspek Tikam 3 Anggota Polis Berjaya Ditahan

Suspek berusia 30 tahun itu ditahan di rumahnya pada 4.15 petang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, ketika ditahan suspek cuba melarikan diri dan berlaku pergelutan.

"Suspek seorang yang agresif dan berbahaya.

"Kita mengucapkan terima kasih kepada media yang menyiarkan wajah suspek dan juga orang awam yang memberi maklumat, " katanya pada sidang media di pejabatnya, hari ini.

Dalam kejadian 11.30 malam Sabtu lalu, Ketua Polis Balai Bukit Mertajam, Inspektor M Ganesh, 56, cedera tangan kanan, Konstabel Mohamad Khusairi Ahamad, 22, ditikam di paha dan Konstabel P Viveganathan, 26, cedera tangan kanan dalam pergelutan ketika mahu menahan suspek.

Kejadian berlaku di sebuah kedai permainan komputer di Jalan Pasar di sini, ketika polis mahu membuat ujian air kencing terhadap suspek yang turut mempunyai rekod kes rogol.

Sumber
Harian Metro