-->

Januari 22, 2017

Terujanya Backpackers Ni Bila Bertemu Proton Wira Di Chile

Terujanya Backpackers Ni Bila Bertemu Proton Wira Di Chile,ok!: Seorang 'backpackers' (pengembara) tidak dapat menggambarkan rasa terujanya saat 'bertemu' dengan kereta Proton Wira di Chile.

Terujanya Backpackers Bila Bertemu Proton Wira Di Chile

Sandy R. Dasan gembira berkongsi gambar kenderaan itu menerusi Facebook Backpackers Buddies Malaysia, semalam.

"Saya terjumpa Proton di Pubta Arenas, Chile! Tak jumpa orang Malaysia, jumpa produk Malaysia pun jadilah.

"Kalau kereta itu boleh diajak bersembang, sudah lama saya bertanya khabar dia," selorohnya menerusi ruangan kapsyen gambar.

Postingnya mendapat reaksi dan perkongsian daripada lebih 2,700 pengguna Facebook yang lain.

Rata-rata meluahkan rasa bangga terhadap produk Malaysia yang diasaskan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Tidak kurang juga, ada netizen turut mengambil peluang berkongsi gambar penemuan kereta berjenama Proton di beberapa negara lain.

Salah seorang netizen, Muhammad Azuan mengaku pernah 'terserempak' dengan kereta Proton jenis Waja di Nepal.

Muhammad Azuan turut menyertakan gambar kereta tersebut sebagai bukti penemuan kenderaan tersebut.

Seorang lagi netizen, Eyda Aziz turut mengambil kesempatan berkongsi gambar kereta Perodua jenis Kenari berwarna putih yang ditemuinya sewaktu bercuti di negara orang.

"Saya terjumpa (Perodua) Kenari di Mauritius," katanya.

Proton atau Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak RM150 juta.

Penubuhannya merupakan gagasan Mahathir dan bertujuan mencapai aspirasi negara perindustrian.

Proton sebahagian besarnya pengilang kenderaan kejuruteraan lencana daripada Mitsubishi Motors antara tahun 1985 dan awal 2000-an.

Syarikat itu telah menghasilkan beberapa model reka bentuk asli dan beroperasi dalam sekurang-kurangnya 26 negara hari ini, majoriti yang mana adalah di Asia.

Sumber
Sinar Harian