-->

Januari 21, 2017

Uniknya Buah Matoa, Gabungan 3 Rasa, Durian,Laici & Rambutan

Uniknya Buah Matoa, Gabungan 3 Rasa, Durian,Laici & Rambutan,ok!: Tiga tahun lagi rakyat Malaysia berpeluang melihat dan merasai sejenis buah unik yang mempunyai tiga rasa buah-buahan berbeza iaitu laici, rambutan dan durian.

Uniknya Buah Matoa, Gabungan 3 Rasa, Durian,Laici & Rambutan

Ini kerana buah yang dipanggil matoa sudah ditanam di negara ini oleh seorang aktivis alam sekitar bersama rakan kongsinya di sebuah ladang di Kelana Jaya, Selangor dan tanah rizab kerajaan di Taman Melawati, sejak setahun lalu.

Abdul Shariff Walat berkata, buah matoa asing di Malaysia kerana ia berasal dari Papua New Guinea, tetapi cukup popular di Indonesia.

Uniknya Buah Matoa, Gabungan 3 Rasa, Durian,Laici & Rambutan

“Buah ini berbentuk bulat, berwarna kekuningan pada bahagian kulitnya dan bertukar kepada coklat jika disimpan dalam tempoh lama selepas dipetik.

“Manakala isinya berwarna kuning cair dan rasanya lemak manis gabungan tiga jenis buah-buahan terbabit (laici, rambutan dan durian),” katanya kepada Harian Metro.

sumber
Harian Metro