Memandu Lawan Arus, Gadis Disyaki Mengambil Syabu Sebelum Nahas,ok!: Pihak polis mengesahkan, nahas gadis yang memandu secara lawan arus lalu lintas di Lebuhraya Utara Selatan pagi tadi, didapati pernah mengambil syabu sebelum kemalangan berlaku.
Memetik laporan China Press, Ketua Polis Seberang Jaya Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata gadis yang berasal dari Sungai Lai, buat masa ini tidak bekerja. Semasa ditahan reman, pihak polis telah menjalankan ujian air kencing dan mendapati air kencingnya positif dadah syabu.
Kini suspek masih dalam tahanan polis, esok akan dibawa ke mahkamah untuk memohon tempoh tahanan remannya dilanjutkan.
Polis turut memaklumkan, sebenarnya, suspek telah melanggar dua buah kereta di laluan sebelum plaza tol, namun berjaya melepaskan diri. Dipercayai disebabkan kejadian itu, suspek bertindak memandu di lorong yang berlawanan arus lalu lintas.
Video gadis tersebut yang viral dimedia sosial melawan arus di KM 134, Lebuh Raya Utara-Selatan,arah utara berhampiran susur masuk ke Permatang Pauh sebelum bertembung dengan enam kenderaan yang datang dari arah bertentangan dan menyebabkan seorang pekerja kilang mati di tempat kejadian.
Siasatan awal mendapati remaja berumur 19 tahun itu dipercayai memandu dalam keadaan mabuk. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, suspek memandu kereta jenis Proton Gen-2 itu secara melawan arus dari Sungai Dua menghala Butterworth, tiba-tiba hilang kawalan dan melanggar bahagian hadapan kereta Perodua Kelisa yang dipandu Mohamad Fandi Rosli.
Dilaporkan Mohamad Fandi Rosli mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Kejadian itu juga menyebabkan kereta dipandu wanita terbabit terbabas ke sebelah kiri dan melanggar sebuah motosikal sebelum ia berpusing beberapa kali dan melanggar pula dua kereta serta sebuah van kilang.
Suspek dikatakan hanya mengalami kecederaan di bahagian mata itu telah ditahan polis untuk siasatan selanjutnya.
Video & Gambar Remaja Wanita Mabuk Pandu Gen 2 Biru Melawan Arus Mengakibatkan Kemalangan Maut
----------------------------
Peminat Ray-Ban dan G-Shock? Dapatkan Kacamata Ray-Ban Original dan Casio G-Shock Original!