Cari Blog Ini




Cuba Bawa Masuk Dadah, Benjy Ditahan Polis Indonesia

Cuba Bawa Masuk Dadah, Benjy Ditahan Polis Indonesia,ok!: Pelakon Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim sekali lagi ditangkap selepas pihak berkuasa Indonesia menemukan dadah jenis syabu yang disorokkan di dalam duburnya.

Cuba Bawa Masuk Dadah, Benjy Ditahan Polis Indonesia

Memetik laporan portal Detikcom, anak kepada Allahyarham Azean Irdawaty itu diberkas setelah dua paket syabu berjaya dikeluarkan dari duburnya oleh pasukan keselamatan selepas dia mendarat di Lapangan Terbang Kualanamu, Medan.

Menurut Ketua Pengawasan dan Pelayanan Kastam dan Cukai Lapangan Terbang Kualanamu, Zaky Firmansayah, Benjy tiba di lapangan terbang berkenaan menggunakan pesawat Malindo Air dari Kuala Lumpur untuk bertemu rakannya.

“Setelah dilakukan pemeriksaan, ditemukan dua bungkus syabu seberat 14 gram yang disembunyikan di duburnya.

“Suspek mengaku membeli syabu daripada seseorang di Kuala Lumpur. Suspek juga pernah didakwa kerana kes sama (dadah) di Malaysia sebanyak empat kali sekitar 2015,” ujarnya.

Laporan berkenaan turut menyebut, Benjy kini ditahan untuk siasatan di sebuah balai polis di sana.
----------------------------
Peminat Ray-Ban dan G-Shock? Dapatkan Kacamata Ray-Ban Original dan Casio G-Shock Original!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan