-->

Mei 06, 2017

Asal Usul Hantu Pocong dan Cara Menghalaunya




Paklong kopi dari blog feveret paklong fiksyenshasha.com .. pandai bercerita budak shasha ni, harap-harap shasha ni singakatan dari shahirah la, bukan shamil , boleh buat bini no 4.


ASAL USUL HANTU POCONG DAN CARA MENGUSIRNYA


ASSALAMUALAIKUM WBT.. KHAS BUAT SAHABAT DI FIKSYEN SHASHA SEMOGA SIHAT SELALI DISAMPING KELUARGA TERCINTA.. SHARING IS CARING

ASAL USUL HANTU POCONG DAN CARA MENGUSIRNYA

Pernah dengar tentang hantu pocong? Saya pasti setiap pembaca pastinya pernah mendengar mengenai hantu pocong dan kenal akan rupa bentuk hantu pocong ini. Hantu pocong adalah hantu yang paling menakutkan dan yang paling menyeramkan bagi sebahagian besar orang. Ini kerana penampakan kelibat hantu jenis ini akan mengingatkan kita terhadap gambaran kematian pada masa yang akan datang. Mati itu pasti dan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja tanpa kita ketahui bila masanya kita akan dijemput pergi menghadap Ilahi.

Yang pastinya, apabila mati kelak kita akan dikafankan dengan kain putih seperti pocong. Tetapi persoalannya di sini bagaimanakah hantu pocong boleh muncul? Adakah ia kerana sewaktu dikebumikan si mati ini terlupa dibukakan tali pocongnya sehingga si mati tadi menjelma sebagai hantu untuk meminta tolong orang melepaskan tali tersebut? Namun tidak semua kes adalah seperti itu. Mari kita ulas tentang asal-usul hantu pocong ini.

Sebenarnya penampakan hantu pocong itu boleh dikategorikan kepada tiga jenis. Yang pertama mungkin betul kerana si mati ini terlupa dibukakan tali pocongnya atau si arwah tersebut masih banyak tanggungan selama hidupnya di dunia sehingga mencuba meminta maaf dengan muncul semula sebagai pocong. Kedua, penampakan kelibat hantu pocong boleh juga berasal daripada jin yang menyerupai bentuk pocong. Dan yang ketiga, penampakan hantu pocong juga mungkin terjadi disebabkan kerana guna-guna atau dimanfaatkan tubuhnya untuk menakut-nakutkan seseorang oleh dukun atau pengamal ilmu hitam. Bagaimanakah cara membezakan jenis-jenis hantu pocong ini? Bagi orang biasa hal ini sangatlah sukar untuk dibezakan. Jadi di sini saya akan membantu anda semua dengan menjelaskan tentang setiap jenis hantu pocong yang ada.

Ketika dikebumikan si mati ini terlupa dibukakan tali pocongnya sehingga dia menjelma menjadi hantu yang mengerikan seperti sewaktu dia mati. Namun ia tidak bergentayangan menakuti orang-orang di sekelilingnya. Adapun jika ia bergentayangan dan cuba untuk menakut-nakutkan orang di sekitarnya maka itu bermakna ia masih memiliki tanggungan selama hidupnya. Penampakannya muncul pada ketika azan maghrib atau setelah kita selesai solat maghrib.

Pocong jenis ini muncul tepat di tengah-tengah pusar kuburannya dengan wujud seperti asap. Kemudian ia menjadi mahkluk kecil yang lompat dari tengah kuburannya ke arah kakinya, kemudian dia melompat lagi ke arah kepalanya, kali ini menjadi makhluk yang sedang seperti bayi besarnya. Kemudian dia melompat lagi ke arah sisi di sebelah baratnya dan sempurnalah sosok hantu pocong ini. Setelah itu dia berjalan mengelilingi kuburannya satu kali, walaupun terlihat seperti kakinya terikat namun ia masih boleh berjalan dengan kaki terikat. Tidak seperti hantu pocong di televisyen yang melompat-lompat.

Setelah tubuhnya sempurna, maka hantu pocong ini terbang melayang-layang di udara. Saat dia terbang melayang, tubuhnya memanjang seperti selendang putih. Ciri-ciri hantu pocong yang satu ini ialah wajahnya yang kelihatan seperti tengkorak. Bebola matanya kelihatan seperti hampir terkeluar, tidak ada kening dan kulitnya tidak berdaging. Kadang-kadang di antara kedua biji matanya kelihatan seperti ada ulat yang keluar masuk.

Jika anda bertemu dengan hantu seperti ini di persekitaran anda sendiri maka sebutkan siapa yang menurut anda rakan anda atau saudara-mara anda yang meninggal pada saat itu. Lalu katakanlah “Aku sudah memaafkamu, kembalilah dengan tenang ke alammu”. Selepas itu bacalah Bismillah dan surah Al-Fatihah sebanyak tiga kali. Maka dengan sendirinya dia akan menghilang dari pandangan anda.

Jangan merasa takut atau pun cabut lari jika terserempak dengan pocong kerana tindakan itu sia-sia sahaja. Hantu pocong itu akan terus mengejar anda sampai dia mendapatkan pertolongan atau maaf dari anda. Jika anda takut cukup pejamkan sahaja mata anda, dan mulailah dengan bacaan selawat dan istighfar kemudian bismillah dan Al-Fatihah. Namun, jika anda bertemu hantu pocong dengan rupa bentuk seperti ini di tempat lain atau di tempat yang tidak anda kenal, apa yang anda patut buat adalah tarik nafas yang dari dalam hidung kemudian bacalah Bismillah disertai dengan surah Al-Fatihah dan Ayat Kursi sebagai penutup.


Saya ingatkan anda supaya jangan sekali-kali bersikap berani tidak bertempat dan berlagak seperti adiwira, contoh seperti keesokan harinya anda ingin menggali semula kubur dari mana penampakan pocong tersebut dan seterusnya anda ingin membuka tali pocongnya.

Sekali lagi saya ingatkan jangan bertindak terlebih berani kerana dikhuatiri nanti anda sendiri yang akan ditimpa sial atau badi, anda akan diikuti oleh hantu pocong itu setiap malam atau bahkan keluarga anda juga akan turut menjadi mangsa. Ini kerana kita sendiri tidak tahu adakah tali pocong itu sengaja tidak dibuka atau tidak disengaja dibuka ketika si mati itu dikebumikan.

Bagi penduduk kampung yang masih mempercayai dan mengamalkan perkara mistik, apabila kaum keluarganya dibunuh dengan cara yang tidak wajar, seperti diperkosa lalu dibunuh, atau dibunuh dengan cara yang tidak wajar dan sebagainya akan tetapi pihak polis masih belum menjumpai siapa dalangnya, maka cara inilah yang umumnya mereka ambil untuk menakut-nakutkan si pelaku agar dia mengakui kesalahannya. Dan jika anda ingin menjadi adiwira, tidak ada masalah asalkan anda memiliki ilmu kebatinan yang tinggi tetapi jika anda hanya orang biasa maka jangan cuba-cuba atau anda sendiri yang akan terkena akibatnya.

Jin dibahagikan kepada beberapa golongan dan yang paling jahat adalah jin kafir. Jin kafir ini boleh menyerupai apa saja yang dia inginkan bahkan dia boleh muncul menyerupai pocong. Jin-jin ini sangat suka tinggal di tempat-tempat yang sunyi atau tinggi seperti di atas pokok buluh yang lebat, di atas pokok yang besar atau di rumah yang sudah lama tak berpenghuni. Sama seperti manusia, mereka juga memiliki keturunan.

Biasanya jin yang menyerupai bentuk pocong ini, cara ia muncul juga berbeza. Hantu pocong jenis ini boleh muncul di atas pokok, di sebalik dinding atau pohon dengan separuh badannya. Ciri-cirinya juga berbeza. Matanya cenderung menyala berwarna merah atau biru. Jika anda bertemu dengan pocong jenis ini maka cepatlah anda baringkan badan anda di atas tanah dengan posisi telungkup. Kemudian bacalah …

“AsyhaduAllah Illahaillahu wa AsyaduAllah Muhammadarusullah”( aku bersaksi tiada tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahwa nabi Muhammad itu utusan Allah) selanjutnya bacalah ayat qursi.

Jangan berdiri ataupun lari, kerana jin ini boleh merasuk badan kita atau boleh kita sebut sebagai kerasukan.

Bagi sebahagian besar dukun, mereka sering kali menggunakan medium mayat untuk menakut-nakutkan orang atau bahkan boleh saja membunuhnya sesuai permintaan yang diajukan. Ciri-cirinya adalah biasanya tubuh pocong yang ia gunakan masih terlihat utuh atau di wajahnya masih terdapat kapas, di matanya, hidungnya kecuali mulutnya. Jika anda sering kali bertemu dengan kelibat seperti ini di rumah anda itu tandanya ada orang yang berniat jahat kepada anda.

Apa yang perlu anda lakukan adalah taburkan garam di sekitar rumah anda, kemudian selalulah baca surah Yassin setiap kali selesai solat maghrib, solat isyak dan juga pada tengah malam. Kalau boleh bacalah surah Yassin secara berjemaah. Lakukannya secara berturut-turut selama 7 hari lamanya.

Anda harus lebih berwaspada dan berhati-hati dengan pocong jenis ini kerana ia boleh meludah anda dan apa yang terjadi setelah tubuh anda diludahi adalah tubuh anda boleh melepuh atau hangus.

Sekiranya anda diganggu oleh makhluk-makhluk halus, anda harus meminta pertolongan hanya pada Allah SWT. Mintalah pertolongan kepada-Nya dan nescaya hal buruk tidak akan menimpa anda. Kerana sebelum Dia menciptakan manusia, Dia telah terlebih dahulu mencipta jin dan syaitan yang ditugaskan untuk menguji keimanan di dalam diri manusia.

p/s: Sekadar sharing