Kisah Komando Malaysia Di Bosnia - Pathfinder,ok!
Assalamualaikum…
Bismillahirrohmanirrohim..
Pathfinder.
"Assalamualaikum tuan" sambil tabik hormat.
"Tuan! Saya dengar berita tentera Uncle Sam datang meminta bantuan kita. Untuk memasang laser guide. Skuadron mana yang akan galas tugasan tuan?" Pertanyaan salah seorang pendekar kepada Tun mamat.
Tun Mamat menjawab, "Saya tidak pasti tentang itu. Masa perbincangan ketua Skuadron semalam tiada menyebutkan skuadron mana. Skuadron X Ray Tun Hamzah baru 3 hari pulang.
Kali ini dia berjaya bawa pulang juruterbang pesawat Stealth tu. Tak mungkin dia akan keluar lagi. Skuadron yang lain ada tugasan yang tersendiri.
"Tuan.. Apa erti Stealth kalau ditembak jatuh?".
Pendekar yang lain bertanya.
"Ahh.. Uncle Sam ni cakap je lebih. Bila bercerita merekalah hebat. Itulah tanda orang yang riak dan sombong", ujar Tun mamat.
Seorang mencelah perbualan mereka..
"Masalahnya tuan, kenapa mereka sendiri tidak keluarkan pasukan khas mereka?".
Tun Mamat menyambung kata, "Saya tidak mampu menjawab bagi pihak mereka. Tapi apa yang pasti, anggap sebagai tugasan untuk kemampuan kita. Kita harus bangga dengan itu".
"Ye lah Tuan, Tuan ingat apa yang terjadi di Mogadishu? 3 orang anggota RGK gugur. Tiada satu pun nama kita di sebut", ujar koperal.
Tun Mamat berkata, "Sudah menjadi polisi kerajaan kita untuk low profile. Biar mereka fikirkan kita underdog. Kita ada advantage di situ".
"Tuan, Melina Tuan", usik koperal.
Tun Mamat. "Mana?"
Yang lain sambil mencebik dan ketawakan Tun Mamat. Sambil berkata,
"Mana terus. Hahahaha.. Orang muda. Pantang melihat ada saja berkenan".
"Ooo..korang akalkan aku ye", jawab Tun Mamat.
Dalam Tun Mamat melintasi bilik maklumat 21 SSGGK (Skuadron Semboyan), Tun Mamat mendapat perkhabaran buruk. Salah satu unit resistance di Sbrenica telah dibedil.
Tun Mamat tahu Melina berada di Tuzla. Waktu itu hati Tun Mamat mula berdebar. Mengenangkan nasib Melina di sana.
Tun Mamat ingin mendapatkan kepastian unit ke berapa yang digempur.
Sbrenica dikawal oleh pengaman dari Belanda dan Sweden. Bagaimana unit di dalam kawasan pengaman boleh digempur? Tun Mamat merasakan ada sesuatu yang tidak kena di sana. Samada unit pengaman membenarkan tentera zalim melintasi zon selamat atau tentera PBB dibedil.
Tun Mamat menanyakan kepada seorang Sarjan di SSGGK. Namun berita tidak dapat diterima kerana unit komunikasi di sana musnah. Hati Tun Mamat semakin berdebar.
Tun Mamat meminta disambungkan komunikasi kepada pihak Belanda untuk mengetahui lebih lanjut. Namun usaha itu gagal untuk mendapatkan maklumat.
Dalam suasana menunggu Tun Mamat telah diminta ke bilik taklimat .
Setibanya di bilik taklimat bersama pendekar yang lain, Left. Co Uncle Sam membuka sesi taklimat.
Kali ini Tun Mamat diminta untuk membawa masuk pasukan khas dari Uncle Sam untuk memasang laser guide. Bertujuan untuk melumpuhkan sistem SAM tentera zalim.
Tugasan kali ini lebih mencabar kerana membantu membawa tentera Uncle Sam masuk ke kawasan musuh sambil memastikan keselamatan tentera Uncle Sam itu sendiri.
Maka timbul pelbagai andaian dan spekulasi tentang kewibawaan tentera Uncle Sam itu sendiri. Tun Mamat merasa tercabar jika tidak dapat melaksanakan tugas.
Apatah lagi ingin memastikan anak buahnya sendiri dan anggota tentera Uncle Sam terselamat.
Pada pertengahan taklimat, terjadi kejadian bertikam lidah tentang siapa yang perlu dipertanggungjawabkan pada operasi. Sedangkan unit tentera Uncle Sam mempunyai matlamat untuk menjayakan operasi.
Dalam pada itu meminta Skuadron Tun Mamat untuk membawa.
Tun Mamat merasakan seperti diperkudakan. Sekiranya terjadi kejadian yang tidak diingini, sudah pasti kegagalan itu terletak di atas bahu Tun Mamat.
Sekiranya Tun Mamat tidak menurut, seperti mereka memperlekehkan kewibawaan pendekar.
Suasana agak tegang ketika ini. Campur tangan Kolenal Hashim (samaran) memberi tunjuk sebab. Siapa perlukan siapa. Maka yang memerlukan perlu menurut.
Ketegangan berlaku kerana ada pangkat Mejar dalam unit tentera Uncle Sam yang mengetuai unitnya. Sedangkan Tun Mamat hanya berpangkat Leftenan.
Di dalam hierarki tentera, pangkat Mejar lebih tinggi daripada Leftenan.
Setelah campur tangan Kolenal Hashim dan penerangan jelas dari beliau, Tentera Uncle Sam bersetuju untuk mengikuti arahan Tun Mamat.
Insyallah saya akan sambung kisah ini di lain waktu dan ketika.
Dengan izin Allah yang memberikan rahmat. Kita akan bertemu lagi.
#pathfindertunmamat1
kredit
Rejimen Gerak Khas

----------------------------
Peminat Ray-Ban dan G-Shock? Dapatkan Kacamata Ray-Ban Original dan Casio G-Shock Original!