-->

Ogos 15, 2017

Misi Menyelamat Pilot F16 US Di Bosnia - Part3

Misi Menyelamat Pilot F16 US Di Bosnia - Part3


Assalamualaikum

Filtration 3

Bismillahirrohmanirrohim

كل نفس ذائقة الموت
Kullu nafsin zaa iqotul maut

Setiap makhluk yang bernyawa pasti akan merasai mati.

Dalam kedinginan dan kepekatan malam, mata liar mencari sasaran. Menunggu pelarian. Sebelumnya Tun Mamat telah mengarahkan Sniper supaya berada di belakang. Alatan yang dibawa sebelum ini digunakan untuk memerhati.

Dengan alat terbabit, amat mudah untuk mengesan objek pada waktu malam. Tun Mamat mengarahkan supaya semua pendekar memakai rantai leher di belakang. Supaya plat berkilau boleh nampak dari belakang. Biasanya rantai leher mempunyai 2 plate oval. Tujuannya bagi memudahkan Sniper mengesan dari jauh.

Anak Batu Pahat jika dada tak berisi, dia tidak keluar rumah. Tun Mamat bukan kecil anak.

Semasa menunggu, Tun Mamat sempat membaca 7 fatihah dan 7 kursi. Mereka berada pada posisi menunggu. Tidak lama kemudian suasana sunyi dipecahkan dengan bunyi orang berlari. Tun Mamat mengeluarkan isyarat bunyi burung. Maka pendekar yang lain tahu ianya sebuah isyarat.

Bunyi orang berlari semakin kuat. Dan ada terperasan kelibat seseorang melintas. Tun Mamat membentes kaki orang tersebut serta menguncinya. Tun Mamat menekap mulut orang itu seraya berkata,

"We are from Malaysia trying to help you out".

"Are you clear?"

Tun Mamat membuka mulut orang itu. Sebelum itu Tun Mamat menarik rantai leher tanpa pengetahuannya.

Dia berkata,

"Yes, clear".

"Take this and hide behind". Sambil Tun Mamat menyerahkan SIGnya.

Masih menunggu beberapa ketika. Mereka terdengar bunyi anjing-anjing tentera zalim. Apabila agak berdekatan, Tun Mamat mengarahkan Jonny, anjingnya yang dibiar kelaparan tadi sambil membaling daging seberapa jauh.

"GO Jonny!"

Sepantas kilat anjing tadi berlari. Mengejar untuk mendapatkan makanan.

Suara gonggongan semakin kuat. Semua anjing tentera zalim berkejaran ke arah Jonny apabila melihat Jonny sedang makan. Anjing itu terus menggonggong. Tun Mamat memerhati dari jauh sahaja melihat Jonny melarikan diri sambil dikejar oleh anjing tentera zalim.

Tidak lama kemudian terdengar bunyi letupan. Tun Mamat sebenarnya langsung tidak menyedari bahawa kawasan lapang di sebelah ada periuk api. Tun Mamat sedar akan nasib Jonny serta 3 ekor anjing tadi.

"Glupi pas (anjing bodoh) svi su mrtvi (mati semua) nastaviti da trazi (teruskan mencari)".

Salah seorang daripada mereka bersuara.

Misi Menyelamat Pilot F16 US Di Bosnia - Part3

Dalam keadaan mereka tiada anjing pengesan lagi, maka menjadi satu kelebihan buat Tun Mamat. Satu persatu mereka melepasi Tun Mamat.

Supp, supp, supp.
Bunyi tembakan daripada perendam bunyi. 9 das tembakan untuk 9 orang. Tun Mamat dan pendekar keluar daripada tempat persembunyian bagi memastikan musuh benar-benar mati dan mengenalpasti unit.

Tun Mamat bersuara, "Allah Hu Akhbar! Ini hanya Arkan’s Tiger". The Serb Volunteer Guard (SDG)

"Unit gempur mereka. Kita bermasalah ni. Unit khas belum keluar", ujar Tun Mamat.

Pada masa yang sama, Unit Sniper telah menjejak 5 orang di belakang. Namun kerana masalah jarak, tidak dapat berhubung dengan yang lain. Ini kerana Sniper mengesan daripada alatan tadi.

Tun Mamat baru sahaja kata beredar. Dengan tidak disedari terdengar bunyi tembakan dari arah belakang.

"Ahh…" . Salah seorang pendekar menjerit. Menahan kesakitan akibat ditembak. Seorang pendekar rebah.

"Tuan saya terkena tembakan".

Tun Mamat menjawab. "Dah mati belum? Kalau belum BANGUN DAN BERJALAN". Dalam nada menjerit. Tun Mamat memang terkenal sebagai seorang yang tegas. Sementara itu mereka membalas tembakan double tap 3 kali. Isyarat yang sangat dikenali.

Tun Mamat mengarahkan tentera Uncle Sam supaya memapah seorang pendekar ke tempat Sniper. Maka Tun Mamat hanya tinggal berlima. Tun Mamat masih tidak tahu berapa ramai bilangan tentera zalim. Tun Mamat nekad biasanya tidak lebih daripada 18 orang. Sniper pun bertahan di belakang. Kalau begini, bersedia ke titisan darah yang terakhir.

Terdengar suara dari belakang pokok dengan nada menjerit. "Comrades. Pust boy kak muzhchina". Tun Mamat tahu. Ini nada Russia. Dan terdengar lagi, "Comrades! Lets fight like a man".

"Show yourself and rise your weapon", Tun Mamat mencelah.

Mereka datang dengan tangan serta senjata di atas. Memang sah 5 Spetsnaz komando Russia. Dengan nama jolokan Frogmen. Main Intelligence Directorate.(MID).

Respect mereka kerana datang dengan mengangkat tangan. Inginkan hand to hand combat. Jelas terpampang lambang seekor helang berkepala dua serta crown.

Pertembungan 5 dan 5. Seorang daripada mereka bertanya, "Who incharge here?"

"Leftenan Tun Mamat". (ganti nama) Tun Mamat berkata.

"Let have a deal. I will fight you. You loose and you all dead". (broken english)

"If you win. My comrades will set you free".

"Have a deal?" tanya mereka.

Tanpa berfikir panjang Tun Mamat menjawab.

"I accept your challenge".

Buat pengetahuan kalian, badan mereka memang sado. Besar jangan cerita. Tun Mamat sendiri terpaksa mendongak untuk melihat.

Sekali pandang, kalau hidup pun Tun Mamat pasti makan bubur selama 2 minggu dengan straw. Tun Mamat terkenal dengan buah sendengnya. Anak buah uda Hamid lah katakan. Maka mula pesta di antara mereka.

Spetsnaz memulakan tumbuk. Tun Mamat langkah L ke kiri seperti pergerakan catur kuda. Tangan kanan menahan tumbukan dan tangan kiri jep ke rusuk kiri. 3 liang pukulan sendeng. Tiada apa yang berlaku. Spetsnaz side kick kaki kiri. Tun Mamat tarik L kaki kanan. Dan front kick kaki kiri ke celah kelangkang. Dupp. Celaka! Rupanya pakai Ball Guard. Bila berdepan dengan orang yang lebih besar dari kita, biasakan rapat dengan dia. Ini bagi mengelakkan full swing lawan. Pasti terlentang kalau terkena. Mereka saling berbalas tumbukan dan sepakan. Tun Mamat hanya tumpukan pada sendi lutut dan tangan. Supaya dia jatuh dan tak bergerak.

Bubppp! Tun Mamat terkena side kick di perut. Terpelanting ke belakang hampir 2 meter. Spetsnaz mengangkat tangan tanda berjaya. Dalam menahan senak serta mengawal nafas, Tun Mamat cuba bertenang. Sambil itu membaca Bismillahirrohmanirrohim

Kaaf jari kelingking di genggam, ha jari manis di genggam, ya jari hantu di genggam, ain jari telunjuk di genggam dan sod ibu jari tangan kanan digenggam.

Begitu juga sebelah kiri. Ha Mim Ain Sin Kaf bermula dari jari kelingking ke ibu jari.

Dan pasak diri satu kalimah.

Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah.

Maka terus berlawan menumbuk menepis. Sehinggalah Tun Mamat mendapat peluang kedudukan buah Mersing 13 (untuk wanita /lelaki biasanya 12 buah).

Hak kununallah sertampa Jibril min kullu nafsin zaa iqotul maut. Terus tumbukan ke dagu spetsnaz. Maka tersemburlah nafasnya. Dia hampir tumbang dengan menggelengkan kepala. Satu kesilapan apabila spetsnaz mengeluarkan Benet. Lalu dihunus ke arah Tun Mamat. Terkena tangan kiri Tun Mamat. Dengan sepantas kilat Tun Mamat mengeluarkan benetnya dan menikam tepat ke arah leher. Darah panas spetsnaz memancut keluar. Terus rebah di situ.

Spetsnaz yang lain tercegat diam. Tun Mamat mengarahkan pendekar mengangkat senjata dan jangan tinggalkan saksi. Pendekar mengikut arahan lalu menembak mati kesemuanya. Akibat dari pergelutan itu, Tun Mamat pecah dagu, gigi geraham patah 2 batang dan luka akibat benet di tangan kiri.

Tun Mamat terasa agak melayang pada masa tu. Kepenatan jelas terasa setelah bertempur hampir setengah jam. Memang meletihkan.

Kalau lidah boleh digulung, rasa nak gulung lidah tu. Tanda tercungap.

Mereka mula beredar dari situ. Tun Mamat mencampakkan rantai leher tentera Uncle Sam di tempat kejadian. Kemudian berkumpul di tempat Sniper. Tun Mamat mengarahkan pendekar untuk mengawal perimeter. Salah seorang pendekar keluarkan first aid. Untuk mengeluarkan peluru yang terbenam di kaki. Setelah selesai balut luka. Giliran Tun Mamat pula dijahit mentah-mentah (tanpa bius) di tangan kirinya. Tun Mamat hanya diam apabila jarum bengkok menembusi tangannya. Setelah selesai barulah mereka meneruskan perjalanan.

Kali ini mereka tidak dapat berlari lagi seperti permulaan kerana ada anggota yang tercedera. Perjalanan harus diteruskan. Hari menandakan hampir subuh. Apabila telah agak jauh dari tempat kejadian, Tun Mamat melihat kawasan sekitar.

Tun Mamat bersuara, "Koperal, kita berteduh di sini. Gali lubang untuk tidur".

Mereka menggali lubang seperti dikehendaki. Sebelum itu Tun Mamat mengarahkan memasang clay dibeberapa lokasi. (TJT)

Oleh kerana mereka belum berehat lagi, kesempatan ini diambil sepenuhnya. Berbekalkan clay yang dipasang, alhamdulillah mereka dapat rehat kesemuanya. Menjelang pagi, mereka telah selamat berada dalam tapak persembunyian. Mereka hanya perlu menunggu hingga malam hari untuk bergerak.

Yang ditugaskan berjaga telah keluar mengendap dan memantau kawasan sekeliling. Setelah dipastikan selamat barulah dibangunkan yang lain. Seorang demi seorang keluar seperti hantu kubur keluar daripada tanah. Tun Mamat mengarahkan supaya mengalas perut sambil ada yang menjaga kawasan. Tun Mamat mengunakan debu tanah untuk bertayammum. Setelah selesai beribadat, Tun Mamat membaca 7 fatihah dan 7 kursi serta ayat 9. Tun Mamat mengarahkan pendekar yang lain juga berbuat demikian.

Tun Mamat terus berjumpa dengan tentera Uncle Sam dan berkata,

"Whatever you see or you don't see, keep calm and just go. Are you clear?"

Jawabnya, "Yes sir, I do".

"Ok good", kata Tun Mamat.

Tun Mamat bertanya pula kepada pendekar yang cedera. "Macam mana kaki kau? Boleh gerak lagi? Tak mati kan?"


"Memang tak mati tuan. Tapi saya tiada apa yang hilang", jawab pendekar yang cedera sambil tersenyum menunjukkan gigi.

Tun Mamat hanya tersenyum. Lalu Tun Mamat menjawab,

"Rasa macam nak pitam. Gelap kejap aku masa terkena tumbukan dia".

Yang lain pun ketawa.

Mereka berdoa dan meneruskan perjalanan. Oleh kerana mereka hanya berjalan dan tidak berlari seperti sebelumnya, maka mereka perlu terus berjalan tanpa henti.

Dalam masa berjalan Tun Mamat melihat tentera Uncle Sam menoleh kiri dan kanan serta belakang. Kerap menoleh.

Tun Mamat bersuara. "Keep moving"

Tentera Uncle Sam kerap menoleh lagi. Kerana mencari pendekar yang tidak kelihatan. Tun Mamat menepuk bahunya.

"Keep moving".

Dia tersentak setelah terpandang Tun Mamat yang tiba-tiba muncul. Wajahnya jelas kelihatan pucat ketakutan setelah melihat Tun Mamat.

Tiba dilokasi yang telah ditetapkan, mereka segera menghubungi Base. Dalam masa tak sampai 15 minit, 2 buah jet pejuang Uncle Sam meredah kesunyian subuh. Hampir 10 minit kemudian, kedengaran bunyi helikopter. Isyarat diberikan pada tapak mendarat. Lalu mereka semua menaiki 2 buah helikopter dan diiringi dengan helikopter tempur Uncle Sam.

Alhamdulillah, kesemuanya terselamat. Mereka yang cedera telah mendapatkan rawatan. Misi pendekar berjaya setelah 4 hari jauh di pedalaman kawasan musuh.

Selepas kejadian juruterbang Uncle Sam itu diselamatkan, dia ada menceritakan tentang kehebatan pendekar. Yang paling ketara, semasa dia diiringi pulang sebelum menaiki helikopter. Dia tidak nampak seorang pun pendekar yang mengiringinya. Kerana itu dia kerap menoleh.

#filtrationtunmamat3

#RespectMyPM

Sumber
SniperTunMamat


----------------------------
Peminat Ray-Ban dan G-Shock? Dapatkan Kacamata Ray-Ban Original dan Casio G-Shock Original!