Misi Menyelamat Pilot US Di Bosnia - Part1,ok!
Assalamualaikum
Filtration 1
"Koperal.. Ada rokok?" Tanya Tun Mamat.
"Ada tuan". Jawab koperal sambil menghulurkan rokok.
Tun mamat menyalakan sebatang rokok dan menghembus asap tadi.
"Macam ada masalah je tuan?" Tanya Koperal yang memerhati.
"Kau ingat kampung?" Tun mamat bertanya.
"Mesti la ingat tuan. Anak isteri kat sana. Saya tinggalkan anak usia 3 tahun, Tuan".
Dan mereka terus berbual. Sehinggalah Koperal menangkap pandang kedatangan pegawai Uncle Sam.
"Tuan.. Lihat tu". Sambil menunjukkan pegawai Uncle Sam yang datang ke Base.
Tun mamat membuang puntung rokoknya sambil berkata.. "Tentu ada hal nak minta tolong kita"
“Jonny.. Ke mari” lantas Tun Mamat menepuk tangan dan melambai Anjingnya.
Tak lama kemudian datang seorang MP dan memberi tabik hormat.
“Assalamualaikum tuan. Tuan di minta ke bilik operasi sekarang”
Arahan siapa? Sampai MP yang panggil? Fikir Tun Mamat.
“Maaf tuan, saya di arahkan oleh kolonel Hashim(samaran) untuk menjemput tuan.”
"Dah main jemput jemput pula, goreng pisang tak ada?" Seloroh Tun mamat.
"Baik, nanti saya datang". Sambung Tun mamat.
“Maaf tuan, saya di arahkan membawa tuan kesana.” kata MP.
Tun Mamat menurut. Mereka berjalan ke bilik operasi.
Setibanya ke bilik operasi. Kolonel telah memperkenalkan kepada Leftenan kolonel Uncle Sam.
"This is one of our best man, Tun Mamat". Lalu penerangan di sampaikan.
“We hope your team can provide us Quick Reaction Force (QRF) ” Ujar Lt Co Uncle Sam.
"Ye mangkuk kau.." Tun mamat bersuara.
"Pordon Sir?" Pintas Lt Co.
"Yes of course". Tun mamat membalas.
"Oh, great. Proximity on 2300 hour. On operation eagle".
Maka selesai taklimat bersama dengan Uncle sam.
Tun mamat lantas mengarahkan Skuadronnya berkumpul untuk modul operasi. Supaya anggotanya bersiap sedia dengan segala kelengkapan. Pihak Uncle Sam juga ada membekalkan peralatan untuk di gunakan semasa operasi.
“Tuan.. Mana seal Team mereka yang kata hebat sangat” sempat lagi koperal bertanya.
“Seal ni setahu saya anjing laut. Maka dekat laut je boleh lah. Kena darat, kekeringan idea mereka.” salah seorang pendekar menjawab sambil memasuki peluru dalam magazine.
“Mereka itu perasan je hebat macam cerita lakonan Hollywood". Bidas Tun Mamat sambil menunjukkan gaya Rambo menembak menggunakan GPMG.
Mereka semua ketawa melihat gimik Tun mamat. Ada-ada je.
"Mereka ada bagi sebuah devise dan manual. Untuk kita guna. Saya akan cuba belajar apa kegunaan dan keistimewaannya" Tun mamat berkata.
“Benda apa itu tuan.” pendekar bertanya sambil membelek peranti yang telah di berikan oleh tentera dari Uncle Sam.
“Alat ini mampu memudahkan kerja kita. Tetapi saya harus memahami dan mahir gunakan. Dalam gelap pun kena tahu suis ini untuk apa.” ujar Tun mamat.
“Nampaknya misi kita ini makin mencabar. Anggaplah sebagai perhargaan buat kita" sambung Tun Mamat.
"Semua anggota jumpa saya di surau maghrib nanti. Tiada pengecualian. Kita ada tazkirah.” Tun mamat menyambung kata.
Tun mamat mempunyai pengetahuan agama yang baik. Pandai berinteraksi walaupun muda. Dia mampu memberi pemahaman yang baik. Setelah selesai Isyak. Mereka menjamu selera di mes.
Menjelang 2200 jam mereka telah berkumpul untuk sesi taklimat operasi helang.
"Operasi akan di jalankan sejam dari sekarang".
Kita bersambung di lain waktu. Insya Allah jika punyai kesihatan dan kelapangan kita bertemu lagi.
#filtrationtunmamat1
#RespectMyPM
Sumber
SniperTunMamat

----------------------------
Peminat Ray-Ban dan G-Shock? Dapatkan Kacamata Ray-Ban Original dan Casio G-Shock Original!