-->

Oktober 05, 2017

Jangan Bagi Anak-Anak Telefon Apatah Lagi Membiarkan Ia Dibawa Ke Kamar Tidur..

Big "NO" Anak Bawa HP Ke Kamar Tidur ! 
No, No, No
Kini, peratus pelajar sekolah ada HP ialah kira-kira:
90 % pelajar Tingkatan 3 - 5
80% pelajar Tingkatan 1 - 2, dan
70% pelajar Tahun 6
60% pelajar Tahun 5
(Ini bukan hasil kajian, tetapi dari pemerhatian/interaksi dengan pelajar semasa Seminar)
Pendirian Saya :
Tidak perlu HP sehingga tamat SPM
Kalau terlalu perlu, memadai Nokia 3310
Isu besar hari ini, ramai Ibu Bapa ;
(A) TIDAK KISAH W/PUN ANAK BAWA HP KE KAMAR TIDUR.
(B) TIDAK SEDAR PERANGKAP MENANTI ANAK YANG ASYIK BERHP DI KAMAR TIDUR.
Apabila anak bawa HP ke bilik tidur, lebih2 lagi dia seorang sahaja di dalam bilik berkenaan, maka dia bebas menggunakan HP berkenaan untuk apa tujuan sekalipun yang dikehendakinya. dan lama mana sekalipun.
Ada 3 Masalah Besar:
PERTAMA
Asyik guna HP sehingga berjam-jam, justeru tidur lewat.
Tidur lewat, pastinya mengantuk di kelas.
Mengantuk dalam kelas bermakna apa jua yang diajar oleh guru tidak masuk dalam kepalanya, tidak difahami.
Justeru kerja sekolah tidak dapat dibuat.
Tajuk yg diajar jadi blur, tidak dapat difahami.
Ujian bulanan merudum (kecuali tiru !)
Dia mungkin ke tuisyen sebelah petang atau malam, namun kerana tidak ada minat dalam pembelajaran, kehadirannya ke tuisyen sekadar membuang masa saja.
MAHU anak anda berbuat demikian ?
KEDUA
Dengan adanya aplikasi seperti FACEBOOK, INSTRGRAM dan WE CHAT serta lain-lainnya, anak kita bebas melayari semua aplikasi itu untuk pelbagai tujuan.
Lazimnya tiada satu pun untuk tujuan pembelajaran. SEMUAnya hanya untuk seronok2, suka2 dan merapu.
Dari sinilah mereka mula berhubungan dengan teman berbeza jantina lainnya. Pelajar perempuan Tingkatan 1 atau 2 atau 3 berjumpa on-line dengan pelajar lebih berumur, malah yang sudah berkjerja. Pelbagai catatan cinta, kasih sayang akan muncul.
Pelajar Tingkatan 4 dan 5 meluahkan kata-kata cinta dengan rakan sekelas. Esok di sekolah masing-masing buat "don't know" saja. Yang nampak "paling diam, paling wara' dan paling tertib" tu kekadang paling aktif bersama teman waktu malam. !!!
Dari perkenalan inilah lama-lama mereka atur perjumpaan sulit, atur dating, ajak tonton wayang, ajak naik motor dan ajak pergi ke pelbagai tempat yang pada lelakinya ada tujuan akhir yang akan diambil kesempatan bila tiba waktunya !!
Mahu anak anda berbuat demikian ?
MAHU anak perempuan anda jadi mangsa ?
KETIGA 
Ini paling mudah, paling lumrah, paling selalu berlaku.
Terpaut dengan gambar dan video lucah.
Tengok gambar dan tonton video;
- Lelaki berhubungan seks dengan wanita.
- Wanita lesbian dengan temannya
- Macam-macam ...
Nampak dengan jelas kemaluan lelaki / wanita
Nampak dengan jelas semua aksi-aksi terlarang.
Memang menonton ini semua semudah ABC
Lebih2 lagi si lelaki hantar video kepada teman wanitanya
Pelajar wanita itu pula pass forward kat kawannya
Lelaki hantar kat member. Member hantar kat aweknya.
Mula2 syok tengok.
Teruja.
Nak stim, maklumlah dah baligh !!
Hormon Estrogen dah bertapak kukuh.
Kemudian si lelaki ajak keluar.
Dia pegang tangan.
Dia raba sikit2.
Dia raba sana raba sini.
Kedua-dua naik syahwat.
Kemudian ke hotel.
Besok keluar berita akhbar tabloid pelajar Tingkatan 1 kena rogol. Kerana si lelaki rancang dengan kawan-kawannya.
Beritanya esok: Dirogol bergilir2.
Mahu anak anda berbuat demikian ?
MAHU anak perempuan anda jadi mangsa ?
Saya tahu tenta jawapannya;
TIDAK, TIDAK, TIDAK.
Kalau TIDAK jawapannya, apa kena buat sekarang ?
FIKIR, RENUNG. BERTINDAK.
Kerana sayang anaklah kita kena bertegas.
Pada saya bukan saja NO HP di kamar TIDUR.
Terbaik NO HP sehingga tamat SPM.
Titik.
Terima kasih.
Maaf atas kekasaran bahasa.
Sila share jika berminat.