-->

Oktober 14, 2017

Kesan Sampingan TRETINOIN, HYDROQUINONE & MERKURI Pada Kulit Yang Anda Mesti Tahu!

Oleh : Fahmi Hassan
“Alah, kosmetik. Sapu-sapu kat kulit. Apa yang kecoh sangat nak rampas-rampas? Bukan bahaya pun!”
Saya nak cerita sikit kesan sampingan TRETINOIN, HYDROQUINONE dan MERKURI dalam produk kosmetik.

TRETINOIN
Ia boleh menyebabkan kulit terasa pedih. Kulit juga boleh menggelupas dan menjadi sangat sensitif kepada cahaya matahari. Untuk sesetengah orang, kulit akan menjadi teruk seperti kesan melecur.
HYDROQUINONE
Ia akan menyebabkan kulit menjadi merah. Warna kulit juga akan berubah dan kulit menjadi terlalu sensitif. Kadar perlindungan kulit terhadap sinar UV matahari akan berkurangan. Ini meningkatkan risiko penyakit kanser kulit berlaku.
MERKURI
Ia boleh diserap ke dalam badan melalui kulit. Merkuri akan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Bayi dalam kandungan juga boleh terdedah kepada bahaya ini. Ia akan mengganggu perkembangan otak mereka.
Masih rasa tidak bahaya?
Bayangkan pula anda sapu produk yang mengandungi bahan-bahan ini ke kulit anda. Selepas itu anda mendukung atau bermain dengan anak.
Tangan anak anda memegang-megang pipi yang anda telah sapukan produk. Selepas itu tangan dimasukkan ke mulut. Bahan-bahan yang terkandung dalam produk turut diserap ke dalam tubuh anda.
Anda mungkin tak kisah tentang kesihatan anda. Tapi kadangkala kedegilan tersebut boleh menyebabkan mereka yang tidak bersalah mendapat bahana.
Jadilah pengguna yang bijak.