Pada semalam seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama Datin Kah Ee tampil menceritakan pengalaman buruknya ketika mengeluarkan wang dari ATM Bank Islam di lokasi yang tidak dinyatakan.
Menurut Kah Ee, pengawal keselamatan di bank tersebut memberikan layanan yang kurang mesra padanya ketika dia memasuki premis berkenaan bagi tujuan mengeluarkan wang simpanan dari akuan Bank Islam miliknya.
Kenapa amoi cina datang sini - Guard.
Menurut Kah Ee ketika beliau memasuki premis berkenaan beliau disapa oleh pengawal keselamatan di bank itu yang menunjukkan mimik muka kehairanan padanya.
Tunjukkan kad bank
Kah Ee kemudiannya menunjukkan kad bank Islam miliknya pada pak guard yang kehairanan itu sambil memikirkan, 'of course la aku nak keluarkan duit pakcik oi 😂😂😂'.
Bagaimanapun pengawal keselamatan itu kemudiannya membalas tindakan Kah Ee dengan mengatakan, "cina guna Bank Islam buat apa?,".
Gunalah bank lain kata pak guard
Tidak cukup dengan itu pengawal keselamatan tersebut juga menyarankan agar Kah Ee menggunakan perkhidmatan bank yang lain.
"Kan ada Public Bank, Standard Chartered, guna lah tu. Dah lah amoi pakai seluar pendek. Tak senonoh guna Bank Islam," katanya pada Kah Ee.
Rasa geram
Rasa bengang dengan kenyataan itu, Kah Ee pun meneruskan tindakan mengeluarkan wang dengan niat mahu segera meninggalkan premis itu.
Luahan Kah Ee itu kemudiannya menjadi viral dan ada pihak yang mahu mengetahui di bank manakah pegawal keselamatan itu berkhidmat.
Sejak situasi politik dipenuhi dengan isu-isu yang terpalit rasis, terdapat rakyat yang terpengaruh dengan pembawakan amalan politik pihak tertentu yang mendorong masing-masing untuk bersikap rasis. - SoZPress.