-->

Disember 30, 2017

Kunci Kereta Polis - Netizens Puji Tindakan Penguatkuasa Putrajaya.

Jika sebelum ini viral kereta puan Presiden Singapura yang hampir disaman kerana parkir merata-rata, kini kejadian yang hampir sama berlaku di Malaysia.

Tapi, dalam kejadian yang berlaku di Putraja itu, ia tidaklah melibatkan orang kenamaan, tapi sekadar  kereta yang dinaiki oleh pihak polis.

Menurut Utusan Online, kereta pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu dipercayai dari Selangor telah diapit oleh anggota dari Unit Penguatkuasa Perbadanan Putrajaya (PPj) kerana diletakkan di bahu jalan.


 

Kereta pasukan yang dinaiki anggota trafik sebuah Ibu Pejabat Polis itu melakukan kesalahan di hadapan bangunan Menara Usahawan, Presint 2, di Putrajaya, tadi.

Kenderaan itu bagaimanapun 'dilepaskan' selepas membayar denda.