Oleh : Nik Nur Adibah Athirah
Sebelum ni baca kisah orang, kali ni terkena kat diri sendiri. Awal 2018 yang agak menyedihkan.
29/12/17 : pakai lens, dalam 2,3 jam lepas tu tiba-tiba rasa sakit, tapi tak dapat nak buang lagi sebab ada kat luar. Sampai rumah lebih kurang pukul 8 ,buang lens tu dan mata dah jadi kabur. Mula-mula tu ingat biasa, mungkin lepas tido nanti jadi okey balik.
30/12/2017 : Nak pergi kerja mata mata kabur lagi, pakai cermin mata pun kabur lagi. Lebih kurang tengahari, mata sebelah kanan, rasa tak selesa dan sakit macam ada benda asing masuk dalam mata. Check tengok dan basuh dengan air. Tapi takde apa-apa. Mata sakit lagi dan jadi berair. Mata sebelah kanan tak dapat nak bukak macam biasa, boleh bukak sikit dan akan berair sakit balik. Petang tu call ma, datang ambik kat tempat kerja sebab tak dapat nak balik sendiri, mata kabur + sakit tak dapat nak bukak. Malam tu , mata jadi lagi sakit kena banyak tutup mata. Azabnya rasa sampai nangis sebab sakit dan tak dapat nak tengok apa-apa. Mata tak boleh kena cahaya atau benda yang silau macam skrin handphone & tv . Titis eyemo pun tak jadi.
31/12/2017 : Pergi klinik, masukkan ubat dalam mata dan nmpak ada kesan garisan tercalar. Pastu buat vision test. Banyak huruf yang tak nampak, penglihatan dah kabur. Masa ni memang tak boleh kena cahaya langsung, jalan sambil tutup mata dan pimpin tangan ma. Tak dapat nak tengok apa-apa. Boleh bukak mata kejap-kejap jadi sakit dan berair. Kalau kena cahaya, mata jadi sakit hingga ke kepala. Doktor di klinik buat surat, dan suruh refer ke bahagian kecemasan di Hospital. Pergi ke bahagian kecemasan, doktor check dan nak pergi ke bahagian pakar tapi masa tu dah lewat doktor pakar dah takde. Dan doktor di bahagian kecemasan mintak refer saya ke doktor di wad Oftamotologi. Doktor kat situ cek, dan titiskan ubat, nampak ada kesan luka di kornea mata. Luka kat mata kanan dan kiri. Tapi yang bahagian kanan lagi besar luka. Doktor bagi ubat titis dan krim untuk letak kat dalam mata. Dan esok kena datang lagi jumpa doktor mata.
1/1/2018 : mata sebelah kiri pun rasa sakit jugak, dua-dua mata tak dapat nak bukak lagi. Mata pedih, kabur, berair dan tak boleh kena cahaya lagi. Kat rumah semua lampu dalam rumah saya tutup. Pergi hospital, jalan pun tutup mata lagi, nasib ada ma tolong pimpin (terima kasih ma).
Doktor check mata, luka sebelah kanan dah makin kecil tapi tak pulih sepenuhnya lagi. Doktor pesan lepas titis buat kena tutup dulu mata. Tak boleh banyak pergerakkan mata, sebab tisu-tisu baru akan tumbuh yang baru. Masa makan pun makan sambil pejam mata. Masa jalan pernah sampai terlanggar pintu.
2/1/2018 : mata masih lagi kabur dah boleh buka sikit-sikit, sakit dah kurang sikit.. tapi cahaya tak boleh kena cahaya lagi.
3/1/2018 : Mata dah makin ok, dah boleh kena cahaya tapi masih kabur sikit.
4/1/2018 : Ada appointment jumpa doktor. Untuk check mata dan bahagian saraf. Alhamdulillah semua ok. Cuma mata masih merah, doktor cakap nanti kesan merah akan hilang.
** doktor pesan kalau boleh jangan pakai contact lens, sebab cara jaganya susah & mata mudah terkena jangkitan kalau silap pakai.
** jangan pakai contact lens yang sembarangan tanpa kelulusan, kalau nak pakai jugak beli di kedai optimetrist dan dengan penjagaan yang betul tapi sebaiknya pakai cermin mata berbanding contact lens.
** dah ramai yang kena macam ni dan boleh mengakibatkan terkena ulser mata dan berkudis dalam mata .
** sebelum ni saya dah pernah pakai contact lens, tapi tak selalu pakai. Pernah pakai yang beli di optimetrist dan di kedai-kedai biasa . Dan kali ni tak bernasib baik, beli di contact lens di kedai biasa dan terkena macam ni .
** kalau nak pakai contact lens untuk saja-saja , lebih baik jangan, kalau rasa sayangkan mata. Sakit bila hilang nikmat penglihatan.
** pesanan untuk diri sendiri dan orang lain. ❤