-->

Januari 03, 2018

Ramai Mengaku Seludup Dadah Ikut Pintu Airport Malaysia Ketika Kantoi Di Airport Indonesia, Yang Tu MAHB Nak Kata Apa Pula?

Kronologi kejadian.

1. Pada 31 December 2017, seorang bapa bernama Wan Fadillah Wan Ahmad telah membuat kenyataan kepada pihak media mengenai ketiadaan budi bicara oleh polis bantuan MAHB tentang kes anaknya.

2. Wan Fadillah Wan Ahmad berkata salah seorang anak perempuannya yang berusia 12 tahun terpaksa ditinggalkan di lapangan terbang KLIA 2 secara sendirian selama 9 jam tanpa pengawasan.


3. Perkara itu dilakukan oleh Wan Fadillah Wan Ahmad secara terpaksa kerana perlu meninggalkan anaknya untuk 'terbang' ke Kuching bagi mendapatkan passport anaknya dan membawa ia ke KLIA 2 dan terbang semula ke Kuching bersama anak perempuannya yang ditinggalkan sebelum itu.  

Wan Fadillah Wan Ahmad dipetik sebagai berkata : “Saya ke KLIA2 menggunakan penerbangan pada jam 5.40 petang dan menjemput anak saya untuk terbang ke Kuching menggunakan penerbangan pada jam 10.35 malam," katanya.

4. Apa yang dikesalkan oleh bapa itu ialah kegagalan pihak MAHB untuk berunding dan berbudi bicara meskipun laporan polis telah dibuat; termasuklah menunjukkan salinan passport dalam telefon bimbit dan salinan sijil beranak.

Wan Fadillah Wan Ahmad dipetik sebagai berkata : “Saya menghubungi Pengarah Imigresen Sarawak, Ken Leben untuk membantu dan pegawai-pegawainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan KLIA2 telah cuba menghubungi Ketua Keselamatan Pelepasan Dalam Negeri berpangkat Inspektor, namun usaha mereka gagal. 

Sebaliknya pegawai terbabit mendesak Imigresen Sarawak memgeluarkan surat pengesahan, sesuatu yang amat mustahil diusahakan dalam jangka masa terdekat," katanya.

 
5. Menurut Wan Fadillah Wan Ahmad tanpa sebarang budi bicara dan pengecualian, beliau dipaksa juga untuk menunjukkan mykid dan sijil beranak asal bagi membolehkan anaknya berlepas meskipun mengetahui perkara itu agak sukar dilakukan pada masa tersebut.

6. Menerima kecaman bertubi-tubi di laman sosial, MAHB kemudiannya tampil memberikan penjelasan.

7. Menurut MAHB, kanak-kanak berusia 12 tahun itu tidak ditinggalkan bersendirian sebaliknya menerusi rakaman litar tertutup jelas kanak-kanak itu dibawa keluar oleh pasangan lelaki dan perempuan (ditemani) selepas bapanya berlepas ke Kuching bagi mendapatkan passport anaknya.

8. MAHB turut mempertahankan SOP dan protokol mereka atas nama keselamatan.

Bagaimanapun kenyataan media oleh MAHB itu nampaknya tidak mampu memuaskan hati semua pihak. Salah seorangnya ialah wartawan yang pernah bertugas di Utusan Malaysia dan juga penulis buku Konfesi Prebet Adam.

Menurut Syahril A. Kadir semasa beliau mengunjungi sebuah penjara di Medan, Indonesia, majoriti yang ditahan mengakui menyeludup dadah ke Indonesia melalui pintu lapangan terbang negara. Apakah MAHB menyedari hal berkenaan?

Ikut penulisan penuh Tuan Syahril dibawah ini;

Oleh : Syahril A. Kadir 

TERIMA kasih Malaysia Airport (MAHB) kerana memberi penjelasan mengenai kes anggota polis bantuan mereka yang tidak membenarkan seorang kanak-kanak terbang bersama bapanya kerana keciciran IC (walaupun bapanya telah membuat dan menunjukkan laporan polis, salinan pasport dalam telefon bimbit dan salinan sijil surat beranak.)
Menariknya, dalam pada mereka begitu bersungguh-sungguh menjelaskan yang kanak-kanak itu tidak dibiarkan berseorangan malah dia dilihat dibawa keluar dari airport (seperti yang ditunjukkan CCTV), MAHB berkata pihaknya tidak dapat berkompromi dalam hal ini kerana langkah-langkah sudah disediakan bagi keselamatan lapangan terbang untuk melindungi pintu masuk negara terhadap akses yang tidak selamat, untuk keselamatan individu serta syarikat penerbangan.


Wow! Abam teruja sangat-sangat dengan statement itu!
Lepas ni abam nak minta pihak MAHB keluarkan penjelasan pula, mengapa ramai penumpang yang menggunakan airport-airport di Malaysia boleh kena tangkap menyeludup dadah waktu tiba di luar negara?
Tak payah pergi jauh, abam telah pergi ke penjara di Medan, Indonesia bersama-sama pegawai kedutaan kita di sana baru-baru ini, majoriti yang ditahan mengaku berjaya menyeludup keluar dadah ke Indonesia melalui pintu airport negara kita - yang tu macam mana pula?
Ambil contoh pelakon Benjy sudahlah, kat KLIA leh lepas tapi kat Airport Kuala Namu, Indonesia leh kantoi syabu bergram-gram, pernah MAHB nak bagi penjelasan?
Adakah pihak keselamatan MAHB hanya tahu check dokumen tetapi tidak dengan bahan-bahan larangan terutama dadah?
Oh sebelum terlupa, dalam kes bapa yang anak dia tidak dibenarkan terbang itu, lelaki itu menjelaskan, yang bawa keluar anaknya itu bukan ahli keluarga, tetapi kenalan mertuanya yang tak sanggup tengok anak itu dibiarkan berseorangan.

Sumber berita & gambar : http://ift.tt/2zZ0AUM