-->

Februari 08, 2018

Doktor, Aktivis, Ahli Perubatan Bersatu Kritik Tindakan Neelofa Promosi Supplemen Untuk Bayi.

PELAKON dan juga pengacara terkenal serta usahawan berjaya, Neelofa menerima kecaman bertubi-tubi sehingga ke hari ini dek tindakannya yang mempromosikan pengambilan supplemen untuk anak sekecil bayi yang baru dilahirkan.

Pada awalnya kisah ini didedahkan oleh individu yang dikenali sebagai Khairul Yoi. Khairul Yoi adalah seorang aktivis media sosial yang terkenal dengan perwatakan gemar melawan penipuan peniaga krim timbang kilo dan suntikan kecantikan yang kononnya tidak memudaratkan kesihatan si pelanggan. 

Bagaimanapun terbukti dakwaan itu adalah tipu helah si peniaga apabila semakin hari semakin ramai yang tampil mendedahkan mulai sakit dan bermasalah kulit kerana terjebak dengan pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan dan suntikan serta krim yang tidak diiktirafkan bagi tujuan kecantikan.

"Followers-followers lama yang follow aku dari personal account mesti perasan dulu aku ada up satu post pasal baby 6 bulan meninggal sebab mak bapak bodoh bagi anak telan supplement instead of bawak anak yang sakit pergi hospital. Bila bawak ke hospital, anak dah nazak dan meninggal. Dituduhnya hospital pulak bagi anak dia mati. Kes tu masih berjalan sampai skarang. Dan tiba-tiba tup tup ada artis yang aku rasa aku agak tabik pasal dia punya otak ni level2 budak Oxford jugak, dalam slip exam A+ semua dia rembat sampai licin. 

Aku taktau la fake acc ke ori acc. Orang kabor ori acc. Malangnya dengan populariti yang dia ada, dia jadi duta ke apa aku taktau la bagi produk supplement CHEW AND GLOW untuk bagi bayi telan kau bayangkan. Betullah orang kata, muka lawa tak semestinya bijak, masalahnya yang ni bijak pun pergi jadi bodoh tetiba dah kenapa? Aku bagitau sekali lagi, kenapa BAYI DILARANG AMBIL MAKANAN PEJAL DAN SUPPLEMENT," katanya dalam satu kenyataan di Facebook 3 Februari lepas. 

Sambil berkongsikan satu gambar yang memaparkan penama Neelofa sedang mempromosikan supplemen untuk bayi, Khairul turut berkata bayi tidak boleh mengambil sebarang makanan pepejal apatah lagi supplemen kerana buah pinggang dan organ bayi belum berfungsi sepenuhnya.

 
"Mudah, hati dia belum berfungsi sepenuhnya. Tu pasal jadi jaundice. Buah pinggang pun masih "warming up" untuk berfungsi. Ada mak mak yang anak umur 2 bulan dah bagi makan bubur. Punyalah lack of knowledge, bila kita tegur cakap kita belum kahwin, tak payah sibuk hal anak orang. 

Kita yang tua bangka ni pon buah pinggang tak mampu tapis kalau telan supplement yang dos dan kandungan merapu-rapu, apatah lagi bayi yang organ-organ masih belum function dengan baik. Ini semua sebab taksub nak putih la ni. 

Dari mak, bapak, sampai ke anak dia taksub nak bagi putih. Engkau tu muka pelepah sawit kau letak baja apa pun takkan jadi pelepah pokok krismas. Bawa-bawa la sedar diri, kau nak mati, mati soranglah takyah heret anak sekali. Abah harap #skuadpenggunabijak tak terjebak sebab rasanya skuad kita bijak-bijak kan. Benda mudah macam ni takkan tak tau kan," jelasnya lagi.

Doktor Rafidah kata tak boleh


Cerdik sikitlah



Ini sebab bisnes je..


Doktor Amalina Bakri pun tegur


Respon Neelofa


Mengakui menyedari tentang kritikan yang diterimanya kerana mempromosikan pengambilan supplemen untuk bayi, Neelofa berkata akan menyelesaikan isu yang dibangkitkan secepat mungkin.

Berdasarkan tinjauan online, supplemen yang dipromosikan oleh Neelofa dikatakan ialah supplemen anti kedut yang berupaya menghilangkan kedutan pada wajah dan mengembalikan keremejaan kulit. - SoZPress.