-->

Februari 08, 2018

Semekom Brader, Makan Mekdi Support Yahudi Nampak - Sekali Abang Berkopiah Termalu Sendiri Bila Tahu Kisah Sebenar..

Oleh : Durian Desa

Assalamualaikum dan selamat petang sahabat Alam Maya . Kisah telah berlaku semalam semasa saya nak hantar Adib, Yusof dan Sara ke sekolah. Lepas subuh Adib kata nak sarapan MCD, saya turutkan. Membeli lebih untuk belanja rakan-kelas dan guru katanya. Yer saya ikutkan. Sampai sahaja MCD orang tak berapa ramai jadi saya order 40 set take away. 


Adib dengan Yusof dan Sara makan di situ duduk berdekatan cermin dekat pintu masuk MCD. Saya pun parking berdekatan sahaja. Sambil makan saya pandang Adib, sekejap dia tunduk dia gigit, dia tunduk saya perhatikan luar cermin, rupanya ada budak sebaya dia sedang meniru gaya Adib makan tapi ditangan budak itu tiada makanan. Adib gigit pancake dia pun gigit pancake.

Gambar - Durian Desa
Saya nampak Adib kesat airmata, saya tanya Adib nak Abi hantar breakfast ni atau nak ajak dia orang join kita makan? Sebab abah dia tengah menalipon dan ada 3 anak yang nak dihantar ke sekolah juga tu. Adib jawab ajaklah dia orang join. Saya keluar dan memberi salam kepada driver dia senyum dan sambut tangan saya. 

Saya cakap anak saya ajak join sarapan mari saya kata. Lelaki itu macam serba salah saya cakap saya belanja jangan risau k. Masuk jer saya buka la kotak makanan terus mereka ngap sampai lupa doa dan cuci tangan. Saya senyum saya kata bismillah dan cuci tangan yer. Dia orang pun patuh. Bila melihat mereka anak beranak saya amat bersyukur dengan apa yang Allah SWT bagi. Allah SWT beri saya macam-macam pada saya berbanding mereka. Happy mereka makan barulah Adib tersenyum. Sebagai Abi saya bahagia jika saya bahagiakan anak-anak saya. Senyuman mereka amat berharga buat kita. 

Saya tanya lepas ini hantar anak ke, perlahan bapa dia jawab. Tak rasanya sebab kereta taknak jalan. Saya kata takpe saya hantarkan. Sekolah mereka berdekatan berbanding Adib jadi saya hantar mereka dulu saya hulur seorang 5 hengget buat jajan. Lepas tu patah balik ke kereta abang ini . Sebelum saya bergerak saya hulur duit untuk repair kete dan sedikit duit jajan. 

Dia kata nanti sepupu datang tolong dan kawan janji nak bank in. Saya pun bersalam dan minta diri untuk pergi mengait sawit (heeeeee percayalah saya kait sawit). Masa ambik Adib so kena stop mengait. Adib bertanya;
 

Adib : Abi keluarga pagi tadi tu dah makan tengahari ke?
 

Abi : Mana Abi tahu tapi Abi dah bagi duit jajan dah kat abah dia.
 

Adib : Abi boleh tak kita pergi MCD tadi nak tanya kalau mereka ada kat situ? Sebab dalam kelas Adib asyik terfikir pasal mereka. Boleh Abi?

Abi : boleh-boleh (Abi dah siap mengait)

 

Sampai sahaja MCD tu nampak pakcik tu sedang menyandar kat dinding, saya bagi salam saya tanya kereta macam mana? Dia kata bateri dah ganti, engine minyak hitam dah kering lepas tu gasket putus. Dia kata sepupu tak datang kawan kata nak bank-in pun tak ada. Saya pun terus kata masuk kereta ambik anak-anak dahulu lepas tu baru fikir pasal kereta ok. Dia taknak tapi saya cakap rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari. Cepat-cepat dia masuk dalam kereta.

Saya pelik sesetengah manusia ini suka bagi harapan kosong. Kesian dia tunggu berjam-jam kat situ. Nasib dah makan sarapan, kalau minum air paip jer tak ke sakit. Adakalanya bagus untuk busybody tapi lihatlah keadaannya ok. Selepas ambik anak-anaknya dan ke MCD semula, keluar kereta anak-anak hulur duit jajan yang sy bagi pagi tadi untuk beli MCD untuk adik dan ibu di rumah. Tersentak saya. Ya Allah masih ada yang susah macam ni, Allauhaakbar kat sekolah tak makan lah ni. Botol air pun dah kemek-kemek, daif.

Saya kata kita masuk MCD dulu nanti mechanic saya datang tengok kereta abang ok. Masuk semula saya beli ayam, nugget dan MC Chicken. Makanlah sepuas-puasnya dan saya bungkus untuk mereka makan malam . Dalam sejam mechanic tengok dia kata kereta kena towing ke workshop saya ok jer, abang tu tarik tangan saya kata dia mana ada duit nak bayar towing. Mana ada duit nak bayar repair nanti. Saya jawab takpe Allah SWT dah bank-in abang jangan risau k.

Masa saya keluar MCD dengan membawa MCD untuk diberi pada ahli keluarga itu saya disapa orang yang berperwatakan alim dengan jubah, kopiah dan celak di mata. Ayat yang keluar dari mulut dia manis..


Lelaki berkopiah : Assalamualaikum brader, support Yahudi nampak, ajar anak anak makan makanan Yahudi? Dah takde makanan lain nak makan ke? Penyokong zionis. Belum sempat saya jawab.


Abang kereta menjawab : Dia ini belanja aku makan dan anak aku makan dari pagi sampai sekarang termasuk makanan yang di bungkus, ambik anak-anak aku dari sekolah dia tolong aku dari pagi kau kata orang ni Yahudi? Zionis? Kau tu yang Yahudi kalau betul nak bantu pergilah Palestine atau Israel pergi sana, orang susah macam aku ni ada ko nak tolong? Anak-anak aku tak makan ada kau tolong? 


Sebaliknya orang yang tolong kami kau panggil zionis? Otak ko dah cacat ke? Aku minta pinjam HP, kau kata apa kau suruh aku kerja? Terkejut dengan abang kereta ni sebenarnya sebab ayat dia suruh abang kopiah ke Palestine Sana lawan zionis. Dari pongpang hura-hara pergi sana mesti ada orang cakap DD cakap jer cer DD pergi untuk pengetahuan kamu semua saya dah jejak kaki ke sana misi perubatan. Tak payahlah nak tanya tahun bila, tiket kapalterbang sebagai bukti.

Bagi saya bersederhana itu lagi baik dari mengata dan menghina. Contoh abang kopiah cara teguran tidak bagus, adakah jika saya pemilik MCD saya kena tutup MCD saya, buang semua staff melayu yang beragama Islam? Itu lagi kejam dari Yahudi namanya. Siapa nak ambik mereka kerja? Abang kopiah kah? Tepuk dada tanya iman.
 

Saya hantar abang ni dan anak-anak dia balik dan keadaan rumah yang daif, yang sangat daif, sangattttttt sangatttt daif. Itu yang boleh saya ceritakan. Saya call anak saya dan menantu saya datang checkup ibu dia orang. Pakcik ini security guard tak di bayar gaji, kerja kutip sampah dah ramai Bangla dan mynmar tanda kawasan. Tak boleh kutip sampah kawasan mereka. Siapa kata orang malaysia malas? 

Inshaa allah saya akan bantu mereka ikut kemampuan saya. Jangan risau sahabat semua. Ada sebab kenapa sarapan Mc'Donalds . Saya rasa nak buat rancangan bersama DD mengait sawit. Hahahaha habis semua saya jumpa saya suruh kait sawit. Assalamualaikum semua