-->

Jun 25, 2018

Bayi Sebulan Diberikan Makanan & Minuman, Tak Pasal-Pasal Masuk Wad!

Seringkali kakitangan kesihatan menasihatkan ibu bapa terutamanya staff nurse bahawanya bayi di bawah usia 6 bulan tidak boleh disuapkan apa-apa jenis makanan pepejal disebabkan usus mereka belum matang sepenuhnya.

Namun perkara itu seringkali tidak diterima oleh golongan tua terutamanya disebabkan perbezaan cara hidup dulu dan sekarang.


Pada masa dulu ia adalah menjadi perkara biasa untuk ibu bapa menyuapkan bayi berusia sebulan dengan tepung beras yang dibancuh seperti hidangan nestum ataupun pisang lenyek dan pemikiran itu terbawa-bawa ke zaman sekarang.

Bagaimanapun amalan itu sepatutnya dihentikan disebabkan maklumat kesihatan yang mudah diakses di mana sahaja berbanding masa dahulu kebanyakan golongan ibu bapa dan masyarakat tidak menyedari yang bayi dibawah 6 bulan tidak sepatutnya diberikan makanan.

Disebabkan perbezaan pemikiran seperti inilah golongan tua yang membesar dan hidup cara dulu seringkali bertentangan pendapat dengan golongan muda zaman kini dalam isu memberikan bayi bawah 6 bulan makanan pepejal.

Seorang jururawat yang dikenali dengan nama Bel Nawhen ada berkongsikan satu insiden cemas yang berlaku baru-baru ini ketika menyambut hari raya. Insiden itu juga berlaku disebabkan golongan tua yang tidak bersependapat dengan golongan muda bahawanya bayi dibawah 6 bulan tidak sepatutnya diberikan sebarang makanan.

Baca kisahnya dibawah ini;

Suapkan bayi pulut;


Baby lain pula yang tak bernafas.. 

 Rasa panik;

Mujur selamat..


Bel Nawhen turut berkongsikan beberapa perkara yang sepatutnya diketahui oleh semua pihak diluar sana kenapa bayi berusia 6 bulan ke bawah dilarang diberikan sebarang makanan pejal.


Berikut adalah penjelasannya;

BAYI UMUR 1 BULAN DISUAPKAN MAKANAN DAN MINUMAN!
This is nonsense!!

Dah berapa kali kita beritahu, jangan sesekali beri bayi bawah 6 bulan makan atau minum apa-apa!

Lihat apa jadi!

Sebab itu bila orang pesan, jangan nak membawang sangat cakap itu tak boleh, ini tak boleh.

Jadi apa-apa kat anak orang, siapa nak bertanggungjawab?!

Makanan pejal seperti nestum yang sudah dibancuh, kanji, bubur nasi, pulut, nasi himpit, rendang dan air sirap tidak boleh diberikan sebelum umur 6 bulan.

Apetah lagi musim-musim raya ni nak bagi macam-macam dengan alasan budak dok usha mak ayah atau saudara mara makan atau nak bagi budak-budak merasa.

Antara sebab tak boleh bagi makanan pejal kerana;
 

👉 Bayi belum dapat mengunyah dan menggigit dengan berkesan.

👉 Makanan yang paling seimbang dan lengkap adalah susu badan.

👉 Meningkatkan risiko alahan makanan dan jangkitan kuman.

👉 Usus belum matang dan terdapat risiko kecederaan / usus tersumbat (‘intestinal obstruction‘).

👉 Buah pinggang belum cukup matang untuk mengendalikan beban berlebihan dengan makanan pejal.

Jadi bawa beringat.
Bertegas sedikit tidak kira dengan sesiapa pun.

#Mitos;


1) Bayi kerap nangis kerana bayi lapar walaupun selepas menyusu.


2) Beri makan awal, bayi kekal sihat dan tembam dan nampak comel.


3) Anggapan bahawa bayi akan lebih kenyang dan tidur lebih lena jika diberi makan.


4) Anggapan bahawa bayi kelihatan bersedia untuk makan dari mulutnya yang suka mencicip-cicip.

Notakaki : Sama gak dengan kes bagi anak-anak minum macam-macam sebab jaundis. Merepek tahu!

#BelNawhen
#SayaJururawat

P/s : SS mendapat keizinan dari tuan punya post asal dan tidak akan mendedahkan siapa tuan punya post.