-->

Jun 02, 2018

Lelaki Bunuh Kawan Sendiri Menggunakan Shot Gun Di Depan Orang Ramai Di Sitiawan.. (Video Inside)

Tular satu rakaman kejadian tembakan yang berlaku pada jam 10 malam tadi di Sitiawan, Perak.

Video kejadian tembakan itu dikesan disebarkan oleh Teoh Jun Ann dipercayai salah seorang saksi yang berada di lokasi kejadian.



Mangsa ditembak oleh suspek sebanyak tiga kali tanpa diketahui punca pertelingkahan.

Suspek juga dikatakan telah membunuh dirinya selepas menembak mangsa di hadapan orang ramai berdekatan sebuah restoran. 

Berikut laporan polis awal yang tersebar di WhatsApps;

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YDH Tuan T/KJSJ RO/PTD4/PTD9/Tuan2.

* MAKLUMAT KES TEMBAK MENGGUNAKAN SHOTGUN*

A) Sitiawan rpt. 5803/18, jam 2301hrs. Btrkh. 1/6/2018.

B) Keterangan kes.
Pada 1/6/18 jam l/kurang 1050mlm semasa pengadu dan rakannya sedang menaiki m/sikal telah nampak 1 lelaki dipercayai cina telah tembak 1 lelaki di parking kereta berdekatan dengan restoran 286 Kg Koh Sitiawan.

Pengadu kemudian terus ke Balai Kg Koh dan buat laporan polis.

C) Butiran mangsa
Mangsa : (1) lelaki cina nama : Ling Iu King
Kpt : 521120-08-****. 66thn.
Kerja. Bela ayam d kawan Pekan Gurney Mjg Perak.
Alt : No *** Pekan Gurney

Butiran Kenderaan saspek
NO pendaftaran : AJN 793*
Jenis : Toyota Fortune
Daftar atas nama syarikat P.H.Chu Construction Sdn Bhd
Alamat : **** Setia Residen Kg Selamat Sitiawan Perak

D) Keterangan kes.
Mangsa dan saspek minum bersama dan telah berlaku selisih faham dan saspek telah menembak mangsa. Punca masih belum diketahui.

Bertindak atas maklumat, telah berjaya kesan kereta suspek di tepi jalan Simpang Dua Sitiawan.

Sepasukan telah menyerbu kereta jenis Fortune
No pendaftaran: AJN 793* yang diletakkan di tepi bangunan kedai Simpang Dua, Sitiawan, Perak

Pemeriksaan dapati 1 lelaki Cina (suspek) telah disyaki menembak dirinya sendiri. Pemeriksaan juga dapati dicelah kelengkang terdapat :

Pistol jenis semi auto : jenis RAMI P keluaran czech republik no siri A 731965 berserta kelopak peluru.

Pemeriksaan selanjutnya menjumpai short gun jenama GECO double barrel di tempat duduk sebelah pemandu.

Suspek dipercayai telah meninggal dunia. Butiran suspek

Nama: Chu Phan Hoo
Kpt:560910-08-****
Alt: No.*** *, Setia Resident, Kampung Selamat, Sitiawan, Perak.

Butiran lanjut akan dimaklumkan kemudian. Terima kasih,"
kata butiran siasatan polis yang tersebar itu.


Setakat ini video itu telah ditonton sebanyak 188,000 kali dalam masa satu jam selepas ia dimuatnaik di Facebook Teoh Jun  Ann. - SoZPress.