-->

Jun 26, 2018

Ulasan : Bila Safiey Ilias Seorang Pondan Dilamar Oleh Seorang Lelaki Tulen - MFS.

Oleh : Mohd Fadli Salleh
 

Aku cuma tertanya-tanya, sampai bila geng pondan akan terus berleluasa dengan bongkaknya muncul secara terang-terangan?

Siap boleh ada fans lagi, siap boleh buat duit berjuta-juta pula. Bebas-sebebas bebasnya seolah majlis agama itu cuma jabatan tanpa fungsi.

Berita Yang Viral
Tadi aku terlihat, video boyfriend Safiey Iliyas 'melamar' dia. Beli cincin, bagi hadiah dan rekodkan video serta sebarkan pada umum.

Seolah benda ni halal pula disisi agama.

Beribu-ribu netizen memaki hamun dan tidak setuju. Namun mereka peduli apa? Produk mereka jual makin laris bila makin ramai yang ikuti mereka. Apa mereka kebal dengan undang-undang jabatan Islam?

Aku pelik. Sungguh pelik.

Secara terang dan jelas mereka bergambar bersama pasangan sejenis sewaktu hari raya. 100% menukar wajah dan berpakaian dari lelaki kepada wanita. Malah sengaja disebarkan pula pada umum untuk menunjuk-nunjuk.

Apa semua ini belum cukup untuk dijadikan bukti seterusnya tangkap dan hukum mereka?

Yang melawan fitrah seperti ini, yang terang-terangan melawan hukum Allah dan mempersendakan hukum agama seperti ini dipuja ramai orang. Tiada pula tindakan.

Video mereka make up, berkelakuan pondan, menjual produk dengan memakai pakaian wanita dikongsi ribuan netizen, jualan mereka mencecah angka juta dan perniagaan terus disokong ramai orang.

Boikot saja orang begini. Yang jelas melawan Tuhan dan hukum alam. Jangan dibeli produk mereka, jangan dikongsi apa-apa hantaran mereka.

Paling penting, tolong ada tindakan tegas dari Jabatan Agama tentang golongan sebegini yang semakin hari semakin berani mempersendakan hukum hakam Tuhan.

Mereka berani kerana langsung tiada tindakan dan tangkapan!

Sepatutnya bila ada sahaja golongan songsang secara terang-terangan mempamerkan diri pada umum, tangkap terus dan bagi denda berat-berat. Penjara 20 tahun dan denda RM2 juta contohnya.

Mereka buat lagi, tangkap dan hukum lagi. Lama-kelamaan pasti mereka tidak berani.

Baru orang lain tak berani tiru dan tak berani mempamerkan sisi songsang mereka.

Tanpa tindakan, hal ini akan mempengaruhi remaja dan generasi baru. Mereka beranggapan hal ini tiada salah malah boleh menjadi femes dan serta menjadi sumber pencarian nafkah pula.

Tolonglah ambil tindakan dan cegah segera.

Kita dah terlampau berlembut dalam hal ini. Seolah buta dengan maksiat terangan di depan mata. Jangan sampai Tuhan turunkan bala pada semua.

Tolonglah Jabatan Agama wujudkan akta yang lebih tegas untuk menangani masalah krisi identiti yang makin meruncing.

Jangan biarkan golongan ini terus menerus mempengaruhi generasi akan datang lagi.