Oleh : Dr. Asri Zainal Abidin.
Apakah Hasil Pertemuan Dr MAZA dengan Dr Ramasamy di Putrajaya?
Saya ingin menjelaskan bahawa saya telah memilih untuk hadir dalam pertemuan tersebut. Ini kerana sikap sanggup berjumpa dan menyatakan pendapat merupakan sikap yang sepatutnya dan ia satu sikap yang bertamadun.
Apabila ada pihak yang ingin perundingan dan mencari jalan penyelesaian, kita wajar menyahut hasrat ini. Ini seperti yang dinaskan dalam al-Quran.
Apakah hasil pertemuan tadi?
Sekurang-kurangnya TIGA perkara dipersetujui;
1. Isu LTTE : Sepakat bersetuju bahawa isu itu merupakan isu keselamatan negara. Ini bukan isu peribadi antara kami. Pertemuan tadi bukan platform penentu siapa yang sabit atau siapa yang dibersihkan. Hak penentu dalam isu LTTE ialah pihak polis. Kita membiarkan hal itu di bawah siasatan polis. Kita menunggu kenyataan PDRM. Maka, pertemuan tersebut tidak membincangkan tentang status LTTE dan orang yang terlibat dengannya. Kita serah dan menanti siasatan PDRM.
2. Isu Dr Zakir Naik: Isu ini diminta jangan dibangkitkan lagi. Serah sahaja kepada pihak Kerajaan. Kabinet telah memutuskannya seperti yang dimaklumkan oleh YAB PM. Maka, tidak perlu dibangkitkan lagi. Apa yang penting, semua penceramah dari semua agama hendaklah mengikut peraturan negara dan tidak menimbulkan apa-apa konflik antara penganut agama dan kaum.
3. Majlis Keharmonian Agama dan Kaum: Satu platform yang membolehkan tokoh-tokoh pelbagai agama bertemu dan berunding dalam isu-isu yang membabitkan keharmonian antara agama dan kaum perlu diwujudkan. Semua pihak jangan menimbulkan sebarang provokasi yang boleh menegangkan hubungan antara penganut agama dan kaum. Bawa ke meja rundingan terlebih dahulu. Saluran melalui platform tersebut diharapkan dapat membantu ke arah Malaysia yang lebih harmoni dan damai.
Suasana Pertemuan
Pertemuan berlaku dengan baik dan hormat menghormati di meja perundingan. Diharapkan ia dapat memberikan mesej kepada pihak lain agar jangan menimbulkan ketegangan antara agama dan kaum dalam negara ini. Fokus kepada bina negara.
Kesepakatan tiga perkara tersebut bukanlah diputuskan oleh YB Datuk Dr Mujahid, sebaliknya ia diputuskan bersama.