Malaysia dikecohkan dengan kematian tragis bayi berumur 6 bulan yang diberikan nama Adam Rayqal. Dan berikut adalah kronologi insiden yang menyayat hati itu.
1. Semalam, bapa dan ibu kepada Adam Rayqal membuat rayuan online agar orang awam membantu mencari anaknya yang katanya hilang dari rumah pengasuh.
2. Menulis di Facebooknya, Sufie Naeif dan Farah Madi berkata : "Ya Allahhhh. Bantulah aku Ya Allah
Tolong viralkan. Anak saya hilang dari rumah pengasuh Taman Nakhoda Batu Cave. Hilang Jam 6.300 petang. 0139913640," katanya dalam kenyataan itu.
3. Berdasarkan sumber Nur Alia Athila pada awalnya si pengasuh telah beria-ria menelefon ibu kepada Adam Rayqal pada jam 6.30 petang dan menghantarkan mesej memberitahu Adam Rayqal telah diambil oleh bapanya iaitu Sufie Naeif. Bagaimanapuin Sufie menafikan hal itu dan beranggapan Adam telah diculik oleh seseorang yang menyamar sebagai dirinya.
3. Ibu dan bapa Adam Rayqal kemudiannya membuat laporan polis pada jam 9 malam. Terdahulu Sufie telah menyebarkan mesej kehilangan anaknya di laman sosial. Sekurang-kurangnya sehingga jam 8.30 malam, 12,000 netizens telah menyebarkan mesej tersebut di Facebook sahaja. Tidak termasuk di platform media sosial yang lain seperti Blog, Telegram, Twitter dan WhatsApp.
4. Pihak polis dilaporkan segera menjalankan siasatan selepas menerima maklumat kehilangan. Pihak polis telah menemui pengasuh yang menjaga Adam Rayqal di rumahnya pada lewat malam. Sebelum ini pengasuh Adam Rayqal juga telah memberikan keterangan awal dan siasatan di rumah adalah tindakan susulan pihak polis bagi menyemak maklumat yang diterima dari semua sumber.
5. Hasil serbuan dan siasatan di rumah pengasuh, menemui bayi malang Adam Rayqal di dalam peti sejuk beku dua tingkat. Adam dibalut dengan napkin dan dimasukkan ke dalam beg hijau. Beg hijau itu adalah milik kepada ibu Adam, Farah Madi. Menurut Farah, di dalam beg itulah barang-barang Adam diletakkan ketika menghantar Adam ke rumah pengasuhnya.
Wajah-wajah kesedihan ibu bapa Adam Rayqal ketika dibawa ke proses pengecaman dan pengurusan jenazah..
6. Jam 2.30 pagi 4 Julai, disahkan laporan Adam meninggal dunia dan ditemui mati di rumah pengasuhnya. Berita itu dilaporkan oleh pelbagai media tempatan dan mendatangkan kemarahan netizens.
7. Maklumat post-mortem mendapati Adam meninggal dunia disebabkan trauma objek tumpul;
Head injury due to blunt force. Trauma.
Adam samada dipukul, terhantuk, jatuh atau dijatuhkan ke atas benda tumpul sehingga menyebabkan trauma di kepalanya lalu meninggal dunia.
8. Apa yang menjadi kekecewaan netizens ialah kenapa si pengasuh tidak segera membawa Adam ke hospital sebaliknya sembunyikan dia di dalam beg dan memasukkan ke dalam peti sejuk?
9. Turut dihebahkan netizens ialah pengasuh mempunyai rekod yang tidak baik. Berdasarkan tinjauan awal ada pihak yang mendakwa pengasuh pernah mendera anaknya di Facebook.
10. Berdasarkan siasatan netizens juga, si pengasuh juga mencari anak baru untuk diasuh pada hari kematian Adam.
11. Pengasuh juga dikatakan mempunyai anak angkat yang OKU penglihatan. Dikatakan pengasuh turut mendera anak angkatnya itu. Ada sumber Facebook memaklumkan si pengasuh gemar menjerit-jerit marahkan anak angkatnya itu dihadapan orang ramai walaupun anaknya itu anak istimewa.
12. Sesetengah netizens menyebarkan ketika kejadian, ibu Adam Rayqal berada di ICU bagi membantu menyelamatkan pesakit. Farah Madi ialah seorang jururawat.
13. Ketika ini, kedua-dua suspek utama yang tinggal di rumah berlokasikan Kampung Nakhoda, Batu Caves ditahan reman selama tujuh hari oleh pihak polis bagi membantu siasatan.
14. Kedua-dua suspek utama ialah wanita.
Maklumat akan dikemaskini kelak.
Sumber gambar & maklumat : Harian Metro, Farah Madi, Sufi Naeif, Alia Athira, Facebook, Netizens, WhatsApp, Bernama News.