Stesen TV Islamik tempatan, AlHijrah dikecam netizens gara-gara terlibat dalam mempromosikan produk mencuci usus.
Produk mencuci usus yang dipromosikan oleh stesen TV berkenaan dipercayai adalah iklan berbentuk tajaan.
Ia pada awalnya dipersoalkan oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Asri.
"Produk cuci usus di TV AlHijrah. Sampai bila la nak bodohkan rakyat Malaysia. Kejadah apa cuci usus," tulis Asri sambil 'mengetag' Dr. Amalina dalam post tersebut.
Dr. Amalina kemudiannya memberikan pandangannya berdasarkan dari sudut perubatan.
Menurut Dr. Amalina produk cuci usus tidak terbukti berkesanannya dari segi sainstifik malahan boleh memberikan mudarat kepada kesihatan pengguna.
Pandangan Dr. Amalina itu turut disokong oleh Pakar Perunding Perubatan yang terkenal di sosial media, Rafidah Abdullah.
Menurut Puan Rafidah Abdullah, produk cuci usus ialah produk sampah dan stesen TV tak sepatutnya memberikan ruang untuk produk-produk sebegini beriklan kerana ianya hanya menambahkan kekeliruan orang awam.
"Come on TVAlhijrah. Kita sibuk nak perang, ini sibuk iklan. Macam mana masyarakat nak percaya ? Produk cuci usus = produk sampah. Banyak kesan sampingan dan boleh membawa maut," katanya dalam satu kenyataan di Facebook. - SoZPress.