Oleh : Bel Nawhen
SEXUAL PREDATOR DI TEMPAT KERJA
Perkara ni sebenarnya selalu jadi satu silent torture kepada kakitangan terutama kakitangan bawahan kerana memegang kepada ayat dimana 'periuk nasi akan ditabur pasir' jika melaporkan kejadian tersebut.
Gangguan sexual sering berlaku kepada kakitangan wanita dimana sedari dulu lagi memang sudah sinonim dengan gangguan ini tidak kira secara verbal atau sentuhan.
Gangguan seksual ditempat kerja mewujudkan ketakutan dan permusuhan antara pelaku mangsa dan orang yang mengetahui perkara ini.
JENIS GANGGUAN SEKSUAL.
1. Bukan lisan
🔔 Gerak isyarat yang menghina dan ekspresi muka yang bersifat seksual
🔔 Menunjukkan bahan-bahan lucah seperti majalah, gambar atau mesej.
2. Fizikal
🔔 Sentuhan yang tidak sesuai, menepuk, mencium, meraba, mencubit dimana-mana anggota tubuh.
🔔 Berdiri terlalu dekat hingga tidak ada ruang.
🔔 Menggesel-gesel badan atau anggota sulit.
3. Lisan
🔔 Ucapan menyakitkan hati atau berbau lucah.
🔔 Menatap dan menjerling secara tidak senonoh.
🔔 Mengajak untuk mengadakan hubungan intim dan keluar bersama.
🔔 Mengulangi ajakan untuk keluar dating.
🔔 Mengugut seseorang apabila gangguan seksual ditolak.
1. Fizikal
➣ Hilang kepercayaan di dalam persekitaran kerja terutama terhadap jantina tertentu.
➣ Tekanan yang teruk hingga menjejaskan kerja harian.
➣ Hilang daya keyakinan dan kepercayaan diri untuk berhadaapn dengan masyarakat.
➣ Sukar untuk memberi tumpuan sewaktu bekerja.
➣ Malu dan rasa bersalah terutama kepada rakan-rakan sekeliling.
➣ Berfikir untuk membunuh diri apabila tekanan tidak boleh dikawal.
2. Psikologi
➣ Prestasi kerja menurun.
➣ Ketidakhadiran ke tempat kerja meningkat kerana enggan bertemu dengan pemangsa.
➣ Mengambil banyak cuti sakit.
➣ Tindakbalas daripada penganggu dan rakan sekerja.
➣ Dimalukan secara permerhatian dan umpatan rakan sekerja.
➣ Kehilangan kerjaya dan pendapatan.
APA YANG ANDA BOLEH LAKUKAN?
Jangan berdiam diri! Ambil tindakan sewajarnya.
1. Beritahu perlaku yang kelakuannya adalah tidak diinginkan dan anda mahu ia dihentikan. Katakan dengan tegas agar pelaku tahu bahawa anda serius!
2. Jika ia masih berterusan, atau pelaku berdegil, beritahu dengan ketua anda.
3. Rekod butiran bila, di mana, dan bagaimana kejadian berlaku. Jika orang yang sama juga mengganggu mana-mana rakan-rakan anda, minta mereka untuk menyimpan rekod. Ini boleh membantu mewujudkan kes terhadap pesalah itu.
4. Jika tiada tindakan diambil oleh majikan anda, maka anda perlu mendapatkan bantuan dari luar organisasi yang anda bekerja:
👉 Anda boleh membuat laporan polis👉 Anda juga boleh cuba untuk mendakwa pelaku
Jangan biar diri terus-terusan menjadi mangsa.
Usah takut dengan segala ugutan. Jadi wanita yang berani!