-->

Ogos 02, 2018

Rupanya Bebudak Asrama Sering Jadi Mangsa Warden..

Oleh : Kheyr Hameed
 

Ini kisah pedophilia. Diceritakan oleh seorang kawan lelaki saya. Pengalaman beliau dan kawan-kawan diburu oleh pemangsa bergelar warden asrama.

Katanya benda ini sudah lama. Tetapi beliau ceritakan bahawa zaman nakal beliau, idea nakal untuk beri pengajaran kepada si warden.

Alkisah si warden suka panggil budak-budak asrama untuk urut, termasuk urut kemaluannya. Ada junior-junior disuruh blow job juga sampai dia puas. Cerita ini berlegar di kalangan budak asrama tapi seorang pun tak berani buat apa. Sekumpulan senior yang baik hati akhirnya mendapat idea mengenakan warden tersebut.

Sebab yang jadi mangsa kebanyakannya junior tingkatan 1 dan 2. Bila ada nama junior yang dipanggil, senior serahkan barang dan beri arahan pada junior. Gerombolan senior menyusul dari belakang dan stand by tepi rumah warden.

Bila sampai detik tersebut, bunyi meraung dan menjerit kedengaran. Dan junior tersebut diligan warden keliling ruang tamu. Senior ambil keputusan rempuh pintu belakang dan selamatkan junior sambil beri amaran pada warden.

Kecoh malam tu, batang berjuntai warden disaluti cili padi yang pedas dan pijar ditumbuk halus. Esoknya mereka dipanggil ke pejabat sekolah untuk disiasat. Warden pula mc kesakitan. Mereka digantung asrama untuk seminggu. Tetapi boleh pergi sekolah macam biasa. Warden pula bertukar dari sekolah tersebut.

Bila saya menggembar gemburkan isu ini, kawan saya ini juga teringat kisah lama. Katanya ajar anak-anak untuk bertindak dan tidak terlalu taat. Lari dan berdalih selagi boleh. 


Jika sanggup tanggung risiko, kaedah kurang ajar juga boleh digunakan sebagaimana beliau dan kawan-kawan praktikkan. Biar digantung asrama, tetapi cukup berbaloi.