Oleh : Zainal Rashid Ahmad
PADA 1994, saya berkesempatan bertemu Daim Zainuddin. Masa itu untuk mendapatkan pandangan peribadi mantan menteri kewangan itu, mengenai hala tuju Bajet 1995.
Cerita bajet tidaklah panas. Apa yang panas ialah kenyataan Daim : “Orang Melayu hantar anak ke pusat tahfiz sebab nak beli saham akhirat. Ibu bapa nak masuk syurga dengan hantar anak belajar agama.”
Nada Daim waktu itu macam mengkritik. Jelas nampak rasa kurang senang sebab lambakan sekolah agama yang dibina mulai membiak. Ditambah pula, keghairahan ibu bapa berebut-rebut dan mula berbangga-bangga menghantar anak-anak ke sekolah agama dan maahad tahfiz.
“Ibu bapa rasa anak patut jadi saham untuk ibu bapa tumpang masuk syurga. Hantar anak ke sekolah agama atas dasar nak masuk syurga saja,” katanya.
Daim macam biasa; nada suaranya perlahan dan tenang. Namun, kita faham – Daim sedang menyindir secara berhemah.
Pada masa itu, saya sendiri belum nampak apa sebenarnya di sebalik kerimasan Daim. Saya tertanya-tanya : “Mengapa Daim anti sangat dengan sekolah tahfiz dan kepesatan tumbuhnya sekolah agama?”
Kami bercakap mengenai sekolah agama yang pada waktu itu baru tumbuh macam cendawan. Walaupun tidaklah sebanyak sekarang, tetapi cukup untuk membuatkan orang macam Daim berasa bimbang.
Ketika itu, gerakan menghapuskan Al-Arqam sedang rancak. Daim juga bercakap dalam konteks komuniti Arqam. Waktu itu, di setiap negeri ada perkampungan Arqam. Ada saja kampung Arqam akan ada sekolah Arqam. Selain anak-anak ahli Arqam, orang luar juga berebut-rebut hantar anak ke sekolah Arqam.
Ia memberi gambaran sikap ibu bapa yang mahu menyertai gerakan serban hijau itu melalui cara melaburkan anak-anak ke sekolah Arqam. Imej agama dalam Arqam menjadikan ibu bapa percaya, anak-anak mereka dihantar menuju jalan fi sabilillah.
Walaupun, di Hentian Pudu Raya dan kaki lima sekitar Kuala Lumpur, Arqam mempergunakan anak-anak mereka sebagai alat perniagaan. Anak-anak ahli dalam gerakan dakwah pimpinan Ashaari Muhammad itu bersepah di mana-mana menjual produk majalah Al-Arqam.
Kelmarin malam, saya sempat minum teh dengan rakan-rakan Menteri Agama Dr Mujahid Yusuf Rawa. Saya sampaikan berita bahawa, Dr Mujahid sangat terperanjat (barangkali sebak) apabila melawat pusat tahfiz yang dikaitkan dengan sembilan mangsa liwat. Peliwat ialah pemilik maahad tahfiz itu sendiri!
Apa tidaknya, semua mangsa liwat masih berada di sekolah itu ketika ustaz mereka sudah dituduh di mahkamah. Ingat! Semua sembilan mangsa sedang terus belajar di tempat kejadian liwat berlaku. Malah, mereka yang tentunya akan jadi saksi kepada tertuduh dijaga oleh isteri tertuduh.
Dr Mujahid bukan sahaja seorang menteri kabinet. Dia juga seorang manusia dan seorang ayah. Pasti terkedu melihat realiti, mangsa liwat masih terus bersekolah ketika kes perlakuan ngeri dan zalim itu hangat diperkatakan.
Mangsa masih berada di bangunan itu. Masih berdepan dengan ruang pejabat tempat kejadian liwat berlaku, dan bilik air tempat kejadian cabul mandi telanjang dilaporkan. Mereka masih belajar ketika kes sudah siasat polis dan masih berada dalam bangunan tempat jenayah seksual itu dilaporkan.
Seorang mangsa pula masih berada di wad hospital, dirawat kerana mengalami kecederaan usus dubur akibat perbuatan seks jahat itu.
Aneh! Semuanya berjalan seperti biasa. Que sera sera betul nampaknya. Herannya, takkan sampai macam itu. Takkan tidak ada tindakan drastik ibu bapa. Apatah lagi, mangsa masih kanak-kanak. Takkan tidak trauma. Ini kes liwat. Bukan kes kena luku kepala!
Jarak waktu antara kebimbangan Daim dan kekesalan Dr Mujahid ialah 24 tahun. Mustahil ibu bapa masih belum matang dan belum sedar mengenai realiti: Apakah pusat tahfiz tiket ke syurga atau sebenarnya neraka senyap untuk kanak-kanak?
Saya akrab dengan beberapa sekolah tahfiz. Saya membantu kempen mendapatkan dana dan saya menjadi motivator yang dijemput memberikan ceramah sebulan sekali.
“Ada ibu bapa lempar anak ke sekolah tahfiz sebab tidak mampu nak kawal kenakalan anak-anak. Konon, belajar tahfiz akan dapat akhlak Al-Quran, ” komen pemilik tahfiz di Kuala Selangor.
Sekarang ini, membina sekolah tahfiz lebih mudah daripada mendapatkan permit fun fair. Sekolah tahfiz lebih banyak berbanding pusat tuisyen. Orang sudah jarang menghantar anak tuisyen kerana menyedari, tekanan belajar bukan jalan keluar untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Ibu bapa kini menekankan aspek mendidik anak-anak supaya menumpukan pelajaran dalam kelas dan membuat ulang kaji di rumah sahaja.
Tuisyen dianggap beban kerana anak-anak juga perlukan ruang peribadi selepas waktu sekolah. Ruang untuk menjadi kanak-kanak tidak wajar dikongkong dengan buku, buku dan buku. Atau, belajar, belajar dan belajar sepanjang masa.
Namun, sekolah tahfiz lain kesnya. Ia tumbuh menjadi hutan pendidikan sekarang. Malah, banyak juga yang sekadar menjadi semak-samun sahaja. Apa tidaknya, bangunan buruk tidak terurus, aspek keselamatan bangunan tidak terjaga dan silibus pula cap ayam.
Namun, orang tidak peduli. Ibu bapa percaya – kedaifan dan kemiskinan dalam mencari ilmu Allah ialah jalan ke syurga. Ada sekolah tahfiz, kais pagi makan pagi; salah kais, malam tidak makan. Namun, ibu bapa menerima semua itu.
Senarionya mudah: Imam Bukhari juga susah hidupnya ketika zaman kanak-kanak kerana mengembara mencari ilmu dari Bukhara ke Mekah.
Ada pelajar yang dihantar ke pusat tahfiz kerana suka mencuri. Ada yang dipaksa masuk kerana kecenderungan jadi lesbian. Ada yang dihantar masuk kerana di rumah berlaku ganggual seksual oleh datuknya sendiri. Ada yang dihantar masuk kerana ibu bapa miskin dan anak-anak selalu kelaparan.
Ini sudut realiti gelap sekolah agama atau mahad tahfiz yang kita tidak pernah mahu tahu. Belajar Quran sekarang ada kala jadi kes eskapism saja.
Konon, dengan menghantar anak-anak mendekati al-Quran, Allah akan selesaikan semua masalah duniawi.
Dr. Mujahid pasti terkejut dengan pengalaman lawatannya ke pusat tahfiz yang menjadi neraka bagi sembilan pelajar mangsa liwat. Apa lagi diliwat di pejabat sekolah itu. Malah, diajak mandi bogel bersama pengetua sebagai proses rukyah kononnya.
Kita percaya, kes-kes gelap dan jenayah agama di sebalik nama pusat tahfiz tidak akan berakhir dengan pengalaman ngeri yang disaksikan Dr Mujahid. Walaupun Daim sudah bimbang sejak 24 tahun lalu, kita akan terus mendengarnya dari tahun ke tahun.
Kenapa?
Sebab kita percaya, membetulkan maahad tahfiz boleh mencetuskan sikap menentang pengendalinya. Menentang pusat tahfiz sama seperti menentang Allah.
Begitu teruk sekali rupanya tahap mentaliti kita semua.
Zainal Rashid Ahmad ialah wartawan dan penulis sastera yang telah menghasilkan antaranya novel Hikayat Tanah Jauh (2015) dan kumpulan cerpen al-Kisah (2012), Yang Tercinta (2012), Empunya Hikayat (2014), Magis Kota (2016), Pop Urban (2017), dan kumpulan puisi Sepi Itu Mati (2016) dan Orang Sepi Pergi ke Gurun (2018). Beliau memenangi 38 hadiah sastera. Tulisan ini pertama kali disiarkan menerusi portal The Malaysian Insight.